Good bye Celcom! Welcome Digi!

Mommy nak pecah rahsia. Bil telefon mommy, daddyG yang support sejak declare sehingga sekarang. Heheheee.. Memang masa declare tu daddyG kata nak buat bini. Haaa memang betul lah dah tahun ke 6 jadi bini daddyG.

Masa mula kami guna postpaid Maxis. Nak mencarut pon ada bila dapat bil telefon. Beratus bil. Hidden charge yang buat daddyG bengang dan bertukar ke Celcom.

Hampir 6 tahun setia dengan Celcom, akhirnya kami curang. Kini mommy dan daddyG pengguna Digi. Setiakah kami dengan Digi? Nantikan.....

Officially pengguna Digi 29 Mei 2016

Kenapa kami bertukar? Sebelum ni data plan yang kami guna adalah 3GB RM38 tak termasuk GST. Kadang-kadang cecah RM70-RM80 sebab call free hanya 50 minit. Disebabkan streamyx dah terminate, maka data perlu diupgrade. DaddyG pon survey lah segala jenis telco; Celcom, Umobile, Digi.

Paling penting yang daddyG ambil kira adalah coverage. Coverage paling comel di kawasan rumah, kampung mommy dan daddyG adalah Digi. Umobile murah tapi takde coverage. Kalau di Meru takde coverage, kat kampung tak tau la..

Selamat berblog bersama digi! Muahahaaa



5 comments:

  1. here in Brunei ada dua telecommunication companies which are PCSB dan DST

    ReplyDelete
  2. abe kie pakai dua line. celcom first basic rm38, 3GB sebulan. Kdg2 x abis pun 3 gb tu. Ttg call cecah 50 min tu diselesaikan bila abe kie guna RedOne Teacher's Reward. RM8 sebln. p utk tahun pertama ni free jeutk cikgu2. Jimatkan?

    ReplyDelete
  3. saya masih setia bersama celcom. dulu maxis lepas tu pakwe suruh tukar celcom. hahaha. dia pun sama la keja topup kat awek ,sbb masih belajar. dulu prepaid skang amik yang celcom gold tu.kita pulak yg tukang bayar bil tapi duit dia jugak. hahaha

    ReplyDelete
  4. wah. sekarang pilihan utama memang celcom/digi/umobile kan. maxis dah hampeh dah sekarang

    ReplyDelete
  5. ya kalau nak ambik apa2 telco kena utamakan coverage laa.. kalau tawarannya ok tapi coverage tak dak buat apa kan..

    ReplyDelete