Auntieannes Pretzel Choc untuk Chocolate Lover

Kalau korang jumpa Auntieannes, cuba la rasa Auntieannes Pretzel Choc. Stick punya tau. Sekali rasa, mesti korang tak melepaskan peluang untuk beli lagi Auntieannes Pretzel Choc ni.

Auntieannes ada macam-macam pilihan korang boleh tengok di website mereka http://www.auntieannes.com


Kali pertama mommy makan Auntieannes Pretzal Choc ni blogger Fiza belanja. Dapat terus makan dan lupa ambil gambar. Jadi kali ni mommy pastikan snap gambar dulu sebelum makan.


Anis dan Amal pon suka sangat. Adam dah tak gemarkan coklat sekarang ni.

Mommy guna resepi roti arab buatkan pretzel stick sendiri dan cicah dengan coklat. Yummy.


Hurmm sebenarnya kalau nak sangat makan ni boleh je buat sendiri. Tapi kena la ada bahan-bahan. Bagusnya bila buat sendiri, dapat la guna bahan yang sihat. Dan barang yang sihat ni mahal. Ahahaa sabar je la... Kalau dah sakit, kosnya lagi banyak dari amalkan makanan sihat.. Jadi marilah kita amalkan makanan yang sihat.

Kalau tak ada bahan, tak ada masa, boleh je belasah makan. Pastu sila detox semula. :D

7 comments:

  1. nampak sedap,..kalau coklat memang sedap la..tak boleh tolak..heheh

    ReplyDelete
  2. Fatin suka makan, kalau nampak terus je nak beli...Auntieannes Pretzel kat mana-mana dlm mall

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa. I pun suka choc stick ni, lagi 1 yang ada cheese tu apa entah namanya

    ReplyDelete
  4. tengok coklat yang melimpah tu dah rasa kecur air liur ni

    ReplyDelete