Tapak tangan kami!

Pagi Ahad mommy melayan Adam dan Anis main water color. Adam nak buat tapak tangan. Maka mommy pon setuju sahaja lah dengan kehendak anak itu. Mari!!!


Mula-mula layan anak la. Cuba korang kesan mana satu tapak tangan Amal, Anis, Adam dan mommy? Hehe mommy pon ada jugak?

Atas kiri Adam. Bawah kiri mommy. Atas kanan Anis. Bawah kanan Amal. 

Anak-anak seronok la bab nak mencomotkan ni. 


Mommy siap pasang kipas tala baik punya kat anak-anak supaya dapat bermain dengan puas. 

Dalam permainan ini, anak-anak dapat belajar mengenal warna. Adam Rayyan dah kenal warna. Jadi lagi mudah kerja mommy apabila Adam Rayyan mengambil alih tugas mommy mengajar Anis Insyirah. 

1 comment:

  1. a great activity ni irra.
    explore.
    aida lom buat lg activity water color dgn ijat.
    kena la ada kan one slot, kan.
    bagi ijat rasa ulalalal skit :)

    ReplyDelete