Mana kaki M?

Anak kecil cepat belajar. Ibu je yang kena bersabar. Pengulangan berkali-kali akan membuatkan anak kecil mudah ingat dan menyerap. Ini terbukti apabila Anis cepat belajar ABC apabila kerap mendengar abangnya menyebut ABC. 


Mommy bangga Adam Rayyan minat belajar selepas masuk tadika. Namun, satu perkara je mommy tak suka dengan Adam Rayyan ni. Dia suka rosakkan barang. Tiba-tiba sahaja M dah tak ada kaki. Baru je kot pasang sticker ABC ni.


"Mana kaki M?"

Adam tak jawab. Anis pula tunjukkan kaki dia. Hurmmm

Itu mommy malas nak bagi mainan. Sekejap je punah.

Frust sekejap mommy. Lepas beberapa jam mommy ok. Macam mana mommy nak jadi cikgu kalau mommy tak boleh sabar dengan kerenah adam tu. Ya ya mommy tak jadi cikgu sebab tu lah. Tapi takpe, Adam jadi cikgu Anis dan Amal ye.

2 comments:

  1. Kesian kat kaki M yang hilang :)

    ReplyDelete
  2. Haha..! Gitu la bebudak kan.. Kadang maknya yg semangat, sekali anak dtg, 1 saat je punah semangat maknya tu :P

    ReplyDelete