Kerana salah si posmen POSLAJU

Ini "Notis pemberitahuan" yang mommy dapat. Setelah berjaya memujuk buah hati pengarang jantung tercinta pergi kutip parcel dekat Poslaju Klang.


Korang nampak terang-terang dia tulis alamat Poslaju Klang kan? Jadi 4 petang 7 April 2016, mommy tiba di Poslaju Klang setelah sesat bagai. Sepatutnya setengah jam je sampai, jadi satu jam. 

Korang boleh bayang tak kenapa daddyG taknak pergi Poslaju Klang ni? Dah la perjalanan nak ke sini pon setengah jam. Campur dengan sesak dan sesat lagi.


Korang tau apa jadi???

Mula-mula mommy letak notis "sorry" dalam bekas atas meja tu. 

Kemudian nama mommy dipanggil. "Ya saya."

"Maaf kak, barang akak tak ada dekat sini. Barang akak dekat Poslaju Port Klang."

"Maaf kak ye, posmen salah tulis ni."

Kalau korang kat tempat mommy, apa korang rasa? Mommy mesti wajib kena marah dengan daddyG ni. Tadi daddyG dah bengang sebab asyik salah jalan je.

Seperti yang dijangka. DaddyG marah. Sedih betul mommy bila kena marah ni.

Yang bersalah adalah posmen! Posmen Poslaju. Jadi barang tu dalam masa dua minggu akan tiba pada pengirim semula. Maafkan aku! 

Posmen Poslaju yang bijaksana, semua orang ada buat salah. Aku harap kau tak ulangi kesalahan kau lagi!

Poslaju! 
Apa tujuan korang minta nombor telefon ye? Tak boleh ke call dahulu? Aku kalau tak ada kat rumah, aku takkan bagi alamat rumah. Aku memang ada di rumah memanjang. Cuma masa korang datang, aku tak dengar. Aku tak perasan langsung korang datang. Aku tunggu sampai 6 petang. Mujur tergerak hati nak buka peti surat. Rupanya korang datang 10:30 pagi. Tak pernah lagi poslaju datang pagi. Selalu Poslaju datang tengahari atau lewat petang. Kecewa!

Cerita ni dah basi. Masa ni mommy dah cool. Hari ni poslaju datang lagi. Mommy tanya "Kenapa letak alamat poslaju klang? Saya pergi ke poslaju klang semalam. "

"Oh ye ke? Saya silap cop.", kata posmen poslaju senyum-senyum.

2 jam habis masa atas kereta. Habis minyak. Hanya kerana salah kau Posmen Poslaju!!!! 

Barang pon tak dapat. Nak pergi menapak jalan kaki ke Poslaju Port Klang? DaddyG sampai rumah pon jam 9 malam. Hurmmm so sad! 

Tahniah la buat Poslaju kerana berkali-kali sakitkan hati ini. Aku bukan buah hati kau pon untuk kau lukai. Aku macam nak cari courier lain untuk pos barang lepas ni. Nekad. Tekad!

5 comments:

  1. lepas satu, satu pulak pos laju ni..menyusahkan orang je..

    ReplyDelete
  2. pakai je courier servis yang lain..

    ReplyDelete
  3. Kita pun terkena juga tadi, padahal ada je kat dalam ofis tapi dia malas naik terus tinggal notis!

    ReplyDelete
  4. sgt nyusahkan, kan?
    sepatutnyer kena la hati2.
    amik masa utk cek.
    and yes, amik no fon. tapi x fon.
    diorang x dpt elaun fon kot, irra.

    ReplyDelete
  5. abg pos..abg pos..berangan kah?

    ReplyDelete