Tarikan baru Legoland®, The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure

Ini merupakan kali kedua mommy berpeluang ke Legoland® Malaysia atas tiket blogger. Juga sebagai wakil Kelab Blogger Ben Ashaari bersama 16 blogger lain untuk pelancaran tarikan baru di Legoland® Malaysia iaitu The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure. Tayangan The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure akan bermula pada Mac 2016.

The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure
The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure

Tengok poster je dah menarik perhatian kami untuk menjadi yang terawal menyaksikan The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure. Excited sangat! Mommy, daddyG, Adam, Anis dan Amal tidak melepaskan peluang bergambar dengan maskot Lego.


Ini lah studio movie 4D. Korang jika berpeluang ke sini, korang dah boleh plan awal-awal tempat mana yang korang nak tuju. Kalau rajin boleh download siap-siap map. Hehe. Satu hari pon tak sempat nak pusing satu themepark ni tau. 


Sementara nak tunggu masuk ke majlis pelancaran, kanak-kanak boleh buat lego. Mommy puas pujuk baru lah Adam dan Anis nak join. Tapi tak sempat siap pon. Dah boleh masuk tengok movie 4D. Ahhhh tak sabar!


Nak tengok movie kena pakai cermin mata khas. Mommy nak layan movie 4D dulu. Daaaaa...

Jom layan The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure




Pakai cermin mata 4D animation ini nampak watak-watak movie itu timbul; sense of space and depth. Movie 4D ini juga seolah-olah kita berada di dalam cerita tu. Kadang-kadang terkejut apabila watak lego seperti menerjah kita. Kita pon merasa juga hujan, angin dan salji. Macam real lah! Jom layan trailer The LEGO® Movie™ 4D A New Adventure.



Korang tau tak macam mana nak dapat diskaun masuk ke Legoland® ni? Pembelian online seawal 7 hari akan mendapat diskaun 20%. Ada banyak lagi tawaran diskaun, boleh terus tengok di  http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/ . Jom ke Legoland® Malaysia

4 comments:

  1. Menarik! Anak-anak mesti suka movie 4D Legoland ni!

    ReplyDelete
  2. belum berkesempatan nak ke sana lagi mommy

    ReplyDelete
  3. wah menarik! walau husband org johor tak berkesempatan lg sampai kt sini

    ReplyDelete
  4. Seronok Adam Anis dapat main lego..

    ReplyDelete