Simple tapi tak pernah tak sedap!

Pagi ni ingatkan mommy dapat makan nasi lemak. Macam biasa lah. Asal weekend je menambah lemak. Hahaha. Itu pasal yang diet tak menjadi. 

DaddyG kata nak makan nasi dengan kepok. Mommy pon pagi-pagi dah masak nasi. Mommy mesti guna beras rebus Bombei. 

Sementara menunggu nasi masak. Mommy suap Amal makan bubur nasi. Bubur nasi malam tadi dipanaskan. Berselera Amal makan sampai lupa nak ambil gambar. 

Semua dah kenyang, jadi mereka tak ganggu la mommy daddy nak makan. Ganggu sikit je la. 


Seluar pink tu Anis. Mommy ingat Anis nak makan keropok. Rupanya dia ambil air teh o. Hihi teh o dibancuh dengan teh Lipton dan 100% gula organik


8 comments:

  1. simple tapi sedap memang tepat..nanti berlebihan jadi mudarat

    ReplyDelete
  2. bagi anak makan kenyang-kenyang, baru dia tak meragam..

    ReplyDelete
  3. sedap tu sis, akak selalu makan keropok tu cich dgn teh o panas... hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah pula makan nasi dengan keropok saja. mesti ada lauk sikit macam ikan ke..ikan bilis ke..telur ke hehe

    ReplyDelete