Diapers Zugotrix SuperDry selesa di pakai

Tiba-tiba mommy rasa nak tukar diapers Amal dan Anis. Mommy tergerak hati nak guna diapers Zugotrix SuperDry. Sedang mommy jalan-jalan dekat instagram, jumpa la ig mereka @zugotrix_official. Wah pemilik syarikat Drypers Zugotrix SuperDry ini adalah Mastura Mohamed. Mommy cukup kagum melihat kaum sendiri membangun dalam bidang masing-masing seperti Dato Seri Vida, Dato Maznah Abdul Hamid dan ramai lagi. Mommy bila nak jadi usahawanita? Ermm kena bagi pandai adjust masa dengan DoReMi(panggilan seseorang untuk 3A mommy) dulu.

Diapers Zugotrix SuperDry

Diapers Zugotrix SuperDry selesa di pakai
Amal memakai Diapers Zugotrix SuperDry
Cerita bab diapers ni, sejak zaman kelahiran Adam Rayyan lagi mommy menggunakan Drypers dan Mamipoko. Mamipoko untuk tidur malam kerana masa yang panjang untuk tidur supaya tidak mengganggu tidur lena anakku. Bab ni memang mommy kena ambil prihatin. Mommy juga nak kena berjaga tengah malam tukar diapers anak.

Selain daripada itu, daddyG pernah membeli diapers jenama lain. Tapi semua daddyG tak suka. DaddyG seorang yang menitikberatkan kualiti sesuatu barangan walaupon diapers anak. Bila mommy nak mencuba Zugotrix ni, daddyG diam sahaja. Ya la, benda kalau belum depan mata macam mana hendak menilainya.

diapers zugotrix
Amal gembira dengan Diapers Zugotrix SuperDry
Alkisah mommy nak mencuba Zugotrix SuperDry ni, mommy hanya membeli saiz L untuk Amal. Si kakak pon merajuk nak juga pakai Zugotrix ni. Bila mommy test pakai pada kakak, muat rupanya. Jadi Amal lepas ni boleh pakai saiz M lah. Anak-anak bijak mommy pon memilih Zugotrix. 

Kelebihan Zugotrix SuperDry

Diapers Zigotrix adalah diapers berkualiti tinggi sama seperti jenama diapers berkualiti tinggi yang lain. Berbeza di sini adalah harga yang ditawarkan lebih murah. Hanya RM29.90. 

Sebelum mencuba mommy dah siap buat siasatan. Harga Mamipoko M38/L32 adalah RM32 - RM38. Harga Drypers Touch pula RM33- RM35.

Diapers Zugotrix SuperDry murah
Saiz yang available buat masa ni. Boleh rujuk di instagram @zugotrix_official 

Antara ciri-ciri lain adalah cepat menyerap, kering dan lembut. Ya memang betul diapers Zugotrix SuperDry ni kalau mommy pegang lembut sangat. Anak-anak nampak sangat selesa.

Amal nampak sangat selesa dengan Zugotrix SuperDry

Bahagian pinggang diapers Zugotrix juga sangat elastik. Anda boleh tengok dalam gambar di bawah. Tape dia juga boleh guna banyak kali. 

Bahagian pinggang Zugotrix SuperDry yang elastik

Orang zaman sekarang nak mudah kerana kekangan masa. Nah untuk maklumat anda, harga postage untuk Zugotrix Superdry ini.

Harga postage untuk penghantaran ke depan rumah

Tak perlu bersiap cantik-cantik. Tak perlu pakai makeup. Tak perlu berjalan dalam Mall. Tak perlu tolak trolley penuh diapers. Zass hanya satu hari sampai depan rumah. Terkejut mommy tau. Mommy order hari ni, esoknya dah sampai depan rumah.

Pilihan di tangan ibu bapa masing-masing. Tepuk poket masing-masing. Taknak pakai diapers boleh guna close diapers. :D

8 comments:

  1. pe2 gambar dorg comel sgt.. ahahha.. lagi2 gambar ptama

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni semua mudah..nak beli diapers anak pun hujung jari je..boleh la nanti cuba bila ada anak nnti..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh zatie. anak dlm pantang mmg perlu pamper berkualiti ni. tak tahan montot dia

      Delete
  3. Nampak best juga ni. Belum pernah cuba. Skrg guna Drypers, Pet pet dan Mamypoko (utk tidur dan jalan-jalan)

    ReplyDelete
  4. jap nak tepuk jap poket hahahha #hambar

    suka amal pakai diapers tu yeee. selesa je nengoknya :)

    ReplyDelete
  5. harga berpatutan dan berkualiti..jimat poket ibu bapa jugak

    ReplyDelete