Bila anak nak berdikari. Oh Amal!

Anak perempuan ni lebih berdikari berbanding lelaki. Anis Insyirah nak makan sendiri. Jadi mommy bagi la Anis Insyirah makan nasi dan tomyam ayam. Anis Insyirah bawa makanan pergi ke depan. Mommy sambung kerja di dapur. Bila mommy ke depan, Amal Insyirah dah join kakak sekali. Mommy biarkan je mereka berdua sehingga perkara dalam gambar di bawah terjadi.


Kiri kanan tangan ambil nasi dan tabur. Tepuk-tepuk kepala. Clever girl lah adik!


Habis je rakamkan gambar ni, mommy angkat Amal Insyirah bawa mandi. Tadi dah sabun dengan tomyam ayam. Kemudian sesi menyental lantai.

Kenapa tak pakai tikar? Tikar lagi akan perangkap habuk. Baik togel je boleh nampak habuk. Lantai putih nampak jelas dan nyata kekotoran dan apa saja lah :P

4 comments:

  1. samalah ngan anak saya..nak mkn sdri dah sekarang hehe..takpe sel otak sedang berhubung hahahaha

    ReplyDelete
  2. Setuju anak perempuan beza sedikit dgn anak lelaki. Apa pun amal boleh jadi kakak ni hehehehe

    ReplyDelete
  3. nasib baik lantai jenis macam tu senang sikit nak cuci ye mommmy. tapii nape amal comel sgt grr

    ReplyDelete