Uniform PASTI dah dapat

Rutin harian mommy setiap hari persekolahan Adam Rayyan adalah memeriksa beg Adam Rayyan. Hari buka je beg Adam Rayyan mommy nampak uniform PASTI Adam Rayyan. Yeay! Uniform PASTI dah dapat!

Uniform PASTI Saiz M

Adam Rayyan ambil uniform dia dan katakan pada mommy "Ini M". Saiz baju Adam Rayyan saiz M. Mommy yang excited nak tunjuk kat daddy minta Adam Rayyan pakai uniform tersebut. Photoshoot jom!

Uniform PASTI Adam Rayyan
Adam Rayyan dengan uniform PASTI

Ini budak main-main tau! Geram betul la. Nak bergambar tapi tak mau posing elok-elok. 


Anis Insyirah bangun tidur. Dia pon nak join sama. Naseb la mommy beli baju 2 pasang untuk Adam Rayyan. Boleh adik pinjam pakai sat.


Baru lah meriah bila ada geng nak menyakat kan.




Esok baru lah betul-betul feel sekolah kan dah ada baju uniform ni. Hehe.  


1 comment: