PASTI Little Syabab | Kiriman gambar dari Ustazah

Akhirnya ustazah Adam Rayyan mengirim gambar aktiviti anak-anak tahun 5 PASTi Little Syabab di group whatsapp. Seronoknya mommy dapat tengok aktiviti Adam Rayyan di sekolah. Hari-hari mommy tertanya sendiri apa yang Adam Rayyan belajar di sekolah. Kalau di tanya pada Adam, jawapannya "Tak tahu". Seronok tak terkata melihat anak-anak PASTI Little Syabab ni.

Bandar Bukit Raja
Anak-anak tahun 5 PASTI Little Syabab

Gambar di atas adalah aktiviti mengira. Adam Rayyan sememangnya dah pandai mengira. Mesti menurun mommy dan daddy yang pandai matematik. Hahaha daddyG addmath A1 tau. Mommy A2 je addmath. #jangankecammommy

PASTI Little Syabab | Mengenal Nama


Antara pembelajaran terawal di PASTI Little Syabab adalah mengenal nama sendiri. Ustazah dah maklumkan semasa hari orientasi lagi. Mommy rasa Adam Rayyan boleh buat. Nak match kan huruf sahaja.


Kemudian ada gambar profile group ustazah letakkan gambar Adam Rayyan bersama kawan-kawan.


Adam Rayyan belum dapat baju uniform lagi. Mommy yang tak sabar nak tengok Adam Rayyan pergi sekolah pakai uniform lengkap. 

Terima kasih ustazah share gambar Adam Rayyan. 

3 comments: