Orientasi PASTI Little Syabab

Sabtu lepas ada majlis suai kenal pelajar atau orientasi PASTI Little Syabab dan juga sesi taklimat kepada ibu bapa. PASTI hanya terletak dalam kawasan perumahan rumah mommy sahaja. Jam 8:20 pagi baru kami bergerak dari rumah. Setibanya di PASTI Little Syabab, ramai lagi pelajar dan ibu bapa yang belum tiba.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengurus PASTI dan beliau memberi sedikit taklimat mengenai PASTI. PASTI Little Syabab kini beroperasi masuk tahun ke 6. 

Sedikit ilmu yang bermanfaat mommy peroleh apabila pengurus tersebut mengatakan bahawa usaha ibu bapa mengajar anak-anak adalah sedekah. Dan beliau mengingatkan tiga perkara yang boleh dibawa mati adalah ilmu yang berguna, amal jariah dan anak yang soleh. Beliau menggalakkan ibu bapa mengambil peluang untuk mengajar ilmu asas kepada anak-anak dan guru-guru di tadika hanya membantu anak-anak.

Peraturan PASTI Little Syabab

Ini antara peraturan yang perlu dipatuhi dan yang mommy ingat je la:-
  • Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang
  • Pelajar perlu memakai uniform yang disediakan
  • Yuran perlu dibuat sebelum 10 haribulan dan dimasukkan ke dalam sampul jika nak beri melalui pelajar. 
  • Ibu bapa hanya menghantar pelajar di pintu pagar sahaja.
  • Pelajar perlu berada di tadika sebelum 8 pagi.
  • Pelajar perlu salam dan cium tangan cikgu dan ibu bapa semasa pergi dan pulang.
  • Pelajar tidak boleh membawa makanan atau mainan.


Dah siap sesi taklimat ibu bapa, pelajar di panggil mengikut kelas dan masuk ke kelas. Adam tak nak duduk seperti pelajar lain. Sedih sangat Adam macam mommy daddy nak tinggalkan dia terus dekat tadika. 

Orientasi PASTI Little Syabab
Hari pertama di PASTI Little Syabab, Adam ditenangkan oleh ustazah Tahun 5

Mommy bawa Anis dan Amal duduk di meja belajar, baru lah Adam nak duduk. Pelajar lain semua steady je. Ok, korang jangan gelakkan Adam tau! Senyum tahan-tahan je. 


Adam dah dapat kawan baru yang mempunyai nama sama iaitu Muhammad Rayyan. Kebetulan betul mereka berdua berseluar coklat dan berbaju oren pada hari tersebut.

Adam dan Rayyan

Bila mommy nak ambil gambar ni, Adam mood dah ok. Mommy ajak Rayyan bergambar bersama. Haaa tengok baju dan seluar sama macam berjanji. Harap korang dapat berkawan baik-baik.

Ini pengalaman pertama Adam Rayyan bersekolah. Juga pengalaman pertama mommy menguruskan anak ke sekolah walaupon hanya orientasi. Risau juga mommy memikirkan Adam nak sekolah ni. Harap semua baik-baik sahaja.

4 comments: