Mommy yang seram tengok!

Amal suka golek-golek
Golek-golek atas tilam
Tilam 11 inci
Golek sampai jatuh tergolek
Gedebukk!

Sebenarnya
Amal dah pandai turun dari tempat tinggi
Sofa ke
Tilam ke
Katil ke
Yang dia tahu
Kalau tinggi, turunkan kaki dahulu
Tapi dia tak tahu
Sofa tu tinggi sangat dik
Kalau jatuh
Sakit

Turun dah pandai
Tapi masih boleh sakit
Tersembam pulak dia


Aduh
Mommy tengok pon seram
Tapi Amal?
Nangis sekejap je
Kemudian sambung main

Dah jatuh
Mommy report daddy
Daddy kata "Ambil gambar"
"Adoiii"

Yang melihat semua rasa sakit
Yang merasa cool aje

Kalau dia boleh berkata
Mungkin dialognya
"Relax la mommy, adik nak g main dengan abang dan kakak dulu."

Hahahaaaa 

6 comments:

  1. anak aku dah start nak rangkak. tak lama lagi jumpa lah hal2 semacam ini..huhu...nak besar kena sakit sikit kan amal?

    ReplyDelete
  2. anak lelaki kena lasak sikit...
    tapi berjaga2 gak, takut nanti lain sakit pula yg kita tak nampak

    ReplyDelete
  3. rileks la mommy, kit kat kan ada... sambil bukak peti ais... hehehe

    ReplyDelete