Ayam Segar Delivery Depan Pintu

Zaman serba canggih ada jual ayam segar delivery depan pintu. Ayam bukan sebarang ayam, ayam ini tidak disuntik hormon. Nak bagi anak makan pon senang hati dah. Ini kali kedua mommy beli ayam segar delivery depan pintu pagar jenama ladangku.

Ayam Segar Delivery Depan Pintu

Mommy beli ayam segar tanpa suntikan hormon ni dari kak Aqilah. Kak Aqilah membuat penghantaran ke Bandar Bukit Raja setiap malam Selasa dan Jumaat. Penghantaran juga dibuat ke Setia Alam, Meru, Shah Alam, Bukit Jelutong, Denai Alam dan Putra Height. 

Ayam Segar Delivery Depan Pintu
Ayam Segar Delivery Depan Pintu

Satu bungkus ayam ladangku adalah bersamaan seekor ayam dan berharga RM15. Ayam dah siap di potong.

Mommy suka ayam ladangku sebab ayam ni tak diberi suntikan horman dan juga mommy hanya perlu keluar sampai pagar rumah je. Tak payah tunggu daddyG nak pergi beli dekat Az-zain lagi dah. Elok lah makan ayam tanpa suntikan daripada makan sosej, daging burger atau nugget.

Processed food ni tak elok tapi sedap di makan. Jadi mommy la yang kena kuatkan hati mereka supaya seisi keluarga mommy makan makanan sihat. Mommy kena masak sedap-sedap jugak. Hikhik hancus projek kurus macam ni. Mommy masak kat korang, mommy yang melantak sakan!

Ayam kampung organik adalah lebih baik daripada ayam tanpa suntikan hormon. Tapi harga mahal la. Selalu 2-3 bulan sekali mommy beli ayam kampung organik ni. Lepas ni kita rajin makan ayam ladangku lah. Ayam sampai depan pintu pagar rumah!

5 comments:

  1. boleh la sangat tu nak cuba beli jugak. kena ada pembelian minimum ker?

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ada mcm ni...kat jb ada tak ek...selalu makan ayam inject je

    ReplyDelete
  3. area lain xde penghantaran eh? blh pos laju ke?? hihihi

    ReplyDelete