Iftar Beriani Kambing di Tirai Ratus Seksyen 3 Shah Alam


Hari ni daddyG belanja Beriani Kambing.


Yummylicious Beriani Kambing


Antara beriani yang menepati citarasa mommy daddyG.


Budak tak puasa tu yang dah tak sabar nak makan.


Kurma pon nampak menyelerakan kan?


Air milo ais, barli ais dan jus mangga.


Adik Amal tidur.


Bila Ramadhan menjelma baru kita nak cari kurma kan. Padahal kurma ni seeloknya diamalkan setiap hari. Memberi tenaga seharian. Ha banyak sangat la khasiat kurma ni. 

Khasiat utama kurma

1. Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
2. Kaya dengan serat dan potassium
3. Penguat memori
4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5. Penawar racun
6. Merawat penyakit
7. Mengubati gangguan usus dan sembelit

sumber: khasiat kurma

Untuk ibu mengandung dan menyusukan baby elok mengamalkan 7 biji kurma semasa berbuka dan 7 biji kurma semasa bersahur. 

Khasiat utama kurma
Khasiat utama kurma

Jom amalkan buah kurma setiap hari. Bukan Ramadhan saja ya. Syawal. ZulKaedah. Zulhijjah. Setiap bulan. Setiap hari. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat!



Nak cantik di hari raya? DaddyG bawa pulang set skincare tuk isterinya. Si bini nak kulit semulus anak. Nak kulit baby jugak!! Set skincare ni 5 in 1. First time cuba rasa sejuk je muka..memang best.. Nantikan perubahannya.. Tak dapat kulit cam Amal pon xpela, janji dapat hilangkan parut2 jerawat yg bercambah bahagia masa preggy dulu. Ada yg nak try? Jom usha insta @helenzofficial @helenzofficial @helenzofficial #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup #helenzsignature #skincare


#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariKeempat adalah #MenuWajibBulanPuasa

#Cabaran20Hari | Erti puasa
#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Wajib ada semasa bulan puasa kali ini ada minuman pran juice.

#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice
#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice

Hari-hari ada. Mommy daddyG suka juice apple.

#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice
#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice

Tengok lah, berbuka buffet pon bawa pran juice sendiri wooo...

#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice
#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice

Pran juice mangga dan orange pon ada.

#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice
#iftar wajib #minumpranjuice #sedap @pran.juice

Aci lah kan menu wajib bulan puasa tahun ini. hehe


Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

Nur Zuliana Zaara Zulkifli menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan
KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.

“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan Nur Zuliana dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan patah tulang belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.

Lebih memilukan mangsa juga didakwa dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak dia dipelihara oleh ibu tiri serta bapa kandungnya itu di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Tambah Ghazali, usaha merawat Nur Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud agak sukar kerana mangsa mengalami trauma yang teruk dan tidak mempercayai orang sekelilingnya.

Katanya, kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak berusia tiga tahun.

“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.


SUMBER : UTUSAN ONLINE


Ya Allah! Manusia jenis apakah ini? Pukul anak sampai tulang patah sana sini. Tulang paha pon patah? Patah dan baik sendiri? Allahhhhh

Masih wujud manusia sebegini di dunia ini? Bagaimana anak kecil ini nak berhadapan dengan dunia. Lahirmu cukup sifat dari rahim ibu. Tapi kini..

Aku pon garang jugak dengan anak. Bila penat dan berserabut otak, aku naik geram. Normal lah perasaaan itu. Normal juga anak kecil yang baru belajar mengenal dunia dengan ragam masing-masing. Aku lah gurunya. Aku lah yang kena mendidiknya. Bukan mendera mereka.

Sedih mengenangkan nasib si anak kecil itu. Kenapa kau sungguh kejam memperlakukan sebegitu? Semoga adik cekal dan tabah. Semoga si kejam itu menerima habuannya.
27 Jun 2015 | Anis turn 2
27 Jun 2015 | Anis turn 2

Dua tahun lepas, 26 jun 2013, mommy daddyG dan Adam Rayyan sedang baring-baring bersedia untuk tidur, tiba-tiba "pop" air ketuban pecah tepat jam 12 tengah malam. 0000 27 Jun 2013 betul-betul tarikh EDD (estimated delivery date). Baby genap 40 minggu.

Ini merupakan pengalaman bersalin yang kedua, mommy daddyG steady ja. Pelan-pelan mommy siapkan barang Adam Rayyan nak hantar kat Acu Nadiah. Barang-barang mommy dan baby dah sedia ada dalam kereta. Kami hantar Adam Rayyan di Seksyen 7 Shah Alam. Kemudian bergerak ke hospital Serdang.

Air ketuban keluar non-stop. Dalam kereta daddyG lapik comforter tebal-tebal. Oi dia sayang kereta dia...comforter boleh hantar dobi.. Sambil baring mommy sumbat(hahahaa) roti dalam mulut. Kena paksa makan untuk bagi tenaga.

Pengalaman pertama dulu buat mommy prepare banyak perkara. Sementara tak sakit, makan walaupon tak rasa lapar. Bila dah sakit, apa pon tak boleh dilayan.

Perjalanan dari Shah Alam ke Hospital Serdang mengambil masa 30 minit. Sebab dah malam, cepat je sampai ke bahagian BERSALIN. Lebih kurang pukul 1 pagi. Masa ni mommy tak sakit lagi.

Nurse tanya "Awak tinggal kat mana?"
"Shah Alam" aku jawab.
"Kenapa datang sini?" amboi garang pulak nurse ni.
"Last week saya dah admitted kat sini", then nurse tu pon diam.
Last week mommy kena tahan wad sebab cirit birit selama seminggu. Mommy bermalam di hospital selama 2 malam.

Nurse buat VE(vaginal examination), bukaan baru 2cm. Lepas VE baru mula terasa sakit. Aku pulak asyik rasa nak buang air je. Aku berulang alik ke bilik air then stop sekejap sebab sakit. 
Doktor yang on duty malam tu tanya "Kenapa puan?"
"Sakit" aku jawab sambil senyum sebab doktor tu pon senyum-senyum. Doktor manis camni, kita sakit pon boleh tersenyum.

Doktor nak masukkan aku ke wad. Doktor suruh aku duduk dulu. Aku nak duduk pon tak boleh. Sakit. Doktor suh baring atas katil tadi. Dah baring nak buang air pulak, turun semula ke bilik air. 

Aku fail bab kira contraction. Bila nurse tanya contraction berapa minit? Erkk maaf nurse.. Nurse tu pon, "ok, tak apa puan"

Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Aku cakap dengan nurse nak ambil pad ngan husband. Alasan je la kan. Hehee. Nurse tu bagi. Aku pon gagah la badan jalan slow-slow pergi kat daddyG. Minum air sikit. Pastu amik hp. Haha cilok-cilok bawa masuk hp. 

Pastu masuk semula ke dalam, perlahan-lahan. Kali ni nak naik katil pon tak berdaya dah. Nurse lalu kat katil.
"Kenapa awak tak duduk atas katil?"
"Sakit nurse, tak boleh nak naik"
"Awak berdiri macam ni, baby boleh jatuh atas lantai nanti" bebel nurse tu sambil tolong aku naik atas katil. Buat VE lagi sekali, 5cm.
"Nurse, suami saya tak boleh masuk ke?"
"Dalam dewan bersalin nanti kami panggil"

Aku sms daddyG. "Bukaan dah 5cm".

Nurse tadi kata "Kita masuk dewan bersalin". Aik. Tadi kata bukaan 8cm baru masuk dewan bersalin. Sakit kali ni sakit-sakit pon aku mampu lagi nak berSMS. Masa bersalin kat Adam, handphone aku tak pandang.

Nurse-nurse tolak aku ke dewan bersalin. Tak berapa lama daddyG pon datang. Jam kat dinding pukul 3.55 pagi. 
Dalam aku menahan sakit daddyG tanya "Dulu beranak adam sakit macam ni ke?"
Aku jawab apa eh? Aku ingat soalan tu tapi tak ingat aku jawab apa. Lagi pon tengah sakit kot. 

Jarum kat tangan aku ni pulak dah lari. Nampak bengkak. Kalau biar lama boleh bengkak teruk. Ya la ada pengalaman minggu lepas masuk air sampai 6 botol.
Aku pon tekan loceng. Nurse yang masuk dua org. Yang sorg cek jarum kat tangan aku. Sorang lagi kata "eh adik jalan dah buka ni" 

Hahahaha lawak kan, aku pon tak sedar nak beranak dah. Baru tadi ja 5cm, tup tup dah 10cm. Dok kalut sakit jarum kat tangan. Pastu nurse suruh push, daddyG pon dah rupa macam doktor. Sekali push keluar kepala baby, push kali kedua keluar habis semua. 

Tepat jam 4:30 pagi 27 Jun 2013 lahirlah puteri pertama kami. Baby diletakkan atas perutku. Nangis-nangis baby. 
"Mommy ada ni sayang, jangan nangis".

Alhamdulillah. Allah permudahkan uruskanku. Kat mulut aku sepanjang sakit terkumat kamit doa nabi Yunus.

Lama jugak la baby atas dada aku. Pastu nurse bawa baby keluar. DaddyG pon kena keluar.

Settle jahitan, aku rest. Nurse bawa masuk baby.
"Anak pertama awak berat berapa ye?"
"2.88kg"
"Ok, yang ni 3.67kg"
Terkejut aku. Wow. Baby pon dah pandai menyusu. 

Dah settle semua naik wad. Malam tu jugak jam 8 boleh balik rumah.
Semua penghuni dalam bilik tu terkejut. Dah la baby bambam. Terus balik tanpa perlu bermalam.

Hari ni 29 Jun 2015, sepatutnya mommy up entry ni 27 Jun 2015, Anis genap 2 tahun. 

27 Jun 2015 | Anis turn 2
27 Jun 2015 | Anis turn 2

Nak membesarkan Anis yang ada ekzema sangat mencabar. Ekzema anis bukan yang biasa-biasa. Mommy berhadapan dengan anak yang luka berdarah, berair bisa dan gatal sepanjang masa.


Alhamdulillah, kini ekzema hanya tinggal ruam akibat peluh dan kulit menjadi kemerahan kerana terkena processed food.  

27 Jun 2015 | Anis turn 2
27 Jun 2015 | Anis turn 2

Happy second born day my princess. Semoga diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yg solehah. Mommy daddy sayang Anis Insyirah. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariKetiga adalah #HidanganSahurPalingRingkas

#Cabaran20Hari | Erti puasa
#Cabaran20Hari | Hidangan Sahur Paling Ringkas

Biar gambar berbicara.

Telur dadar


Telur + lada benggala merah hijau kuning + bawang besar + carrot + garam + gula + sosej = feveret daddyG

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100. 

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

Alhamdulillah, akhirnya giveaway pertama EFG berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada para sponsor yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada sponsor UTAMA , Helenz Signature. Terima kasih kepada semua BOD EFG yang bertungkus lumus mencari sponsor MEGA. Terima kasih kepada EFG Amysyeera yang membuat banner yang mommy irra sukaaaaa sangat. Terima kasih kepada EFGiers yang membantu meng'havoc'  kan lagi giveaway ini. Jom sama-sama join GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100. 

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official 
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif 
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa 
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel 

AIN Dramatic Uniq Blog 

ShamieraOsment.com 
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com 
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz 
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz 
MMD One Stop Centre
P.C.L 
Blog BingkisanHati 
Cikk mimin mera 
Shaklee House Pantai TIMUR 
Zulls Grill N Spices
Nota Purba 
Nukilan Reena 
Mia Zain 
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin 
Sayidahnapisahdotcom 
safuraonlinediary 
Anajingga 
Bicara Mummy 
Aku Penghibur [dot] com 
SIpanjangkata Likers 



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100 

di sponsor oleh 

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK



Ada peminat KURTI?

Cari punye carik akhirnye jumpe jugak kurti blouse dan kurti jubah yang murahhhh dekat pasaran.. .

Untuk yang x pernah pakai atau x tahu ape itu kurti, meh akak bgtau..kurti ni material die sangat best..dibuat dari soft crepe..kain lembut, tak jarang and sejuk je bile pakai...paling best sbb senang nak iron..nak pakai pg keje boleh pegi jalan pon bolehhh...warne die semua cantik cantik.. .

Murah2 je uollssss...da jual lebih dari 3000 helai setakat ni..setiap minggu kurti ni akan direstock.. .

Selain kurti, akak ni pon ade jual pelbagai jenis shawl, bawal crepe, bawal yuhanis, jubah lycra, dan baju kurung..min 10 helai je untuk korang enjoy harge borong tauuu.. .

Ape2 contact je kak intan dekat whatsapp 0172722646 .

Atau korang boleh follow .

FB : Khadeejacloset Baju Murah

FB : Cik Puan Intan Instagram : @Khadeejacloset
@khadeejacloset
@khadeejacloset

#beriklandenganirrayyan #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup


#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariKedua adalah #PengalamanSahur

#Cabaran20Hari | Erti puasa
#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Pengalaman sahur yang memang mommy irra ingat sehingga hari ini adalah masa di Kolej Delima 3, UiTM. Satu bilik 3 orang masa tu. Sem berapa dah tak ingat.

Sedang bersahur, azan berkumandang. Masa tu tengah makan sebab terjaga lambat. Maka kami terus berhenti makan. Tanpa minum air. Tercekik sehingga lah berbuka puasa. Fuhhh memang pengalaman yang tak akan lupa sampai bila-bila.

Pengalaman mengajar kita untuk lebih bersedia. Selepas kejadian itu, tak berlaku lagi dah kejadian bersahur tanpa melihat waktu imsak.



Sambut hari ulang tahun kelahiran Anis Insyirah dengan Choc Lava Pizza Hut. Memang best sangat Choc Lava kat sini. Birthday girl makan sampai licin #chocolateLava #pizzahut . Tak sia-sia beriya nak g pizza hut jugak! Hehe birthday anak, mommy yang berlebih.. #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup


Petua tingkatkan imun sistem tubuh

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Beras Rebus
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Beras Rebus

1. Beras rebus

Ini herbalist yang bagitahu mommy. Beras rebus boleh up immune sistem. 88% khasiat beras rebus masih ada dan kita akan mendapat khasiat darinya berbanding beras putih yang tiada apa-apa khasiat kerana teknologi pemutihan beras.

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Bawang putih mentah
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Bawang putih mentah

2. Bawang putih mentah

Paling mudah nak jumpa. Takkan kat dapur tak ada stok bawang putih kan? Tapi mampu kah anda? Krik krik krik! Kalau anda mampu anda memang hebat. Jimat belanja. Badan pon sihat.

Selalu kita dengar petua nak hilangkan demam dan selsema baby, bawang putih dibakar tanpa membuang kulitnya. Kemudian buang kulit dan tumbuk. Campurkan sedikit minyak zaitun dan sapu di kaki baby.

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Habbatussauda aka jintan hitam
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Habbatussauda aka jintan hitam

3. Habbatussauda aka jintan hitam

Petua mudah juga. Masukkan jintan hitam dalam masakan anda! Jimat dan sihat. 

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | VCO, minyak kelapa dara
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | VCO, minyak kelapa dara

4. VCO, minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara boleh dikatakan masih murah untuk dimiliki. Baby baru lahir dah boleh amalkan minyak kelapa dara menurut herbalist.

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Jus tumbuhan hijau Organik
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Jus tumbuhan hijau Organik

5. Jus tumbuhan hijau Organik

Pastikan tumbuhan yang anda perolehi adalah tumbuhan organik ya. Kalau tidak, sama seperti kita memakan toksik(racun perosak yang digunakan pekebun)

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Pevoo, Palestine Extra Virgin Olive Oil
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Pevoo, Palestine Extra Virgin Olive Oil

6. Pevoo, Palestine Extra Virgin Olive Oil

Extra virgin olive oil cari yang asal dari Timur Tengah seperti Pevoo. Mudah dah nak cari kerana ramai dah yang mula menyedari kepentingan makanan sunnah ini.

Tapi mommy masih ada masalah nak menelan pevoo. So mommy masukkan dalam makanan yang dah disejukkan.

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | LagtoGG
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | LagtoGG

7. LactoGG

Moden sikit, kita amalkan terus bakteria baik(probiotik). Kalau nak tradisional, bakteria baik ada dalam tempoyak mentah dan tempe mentah. 

Kenapa lagtoGG? Dalam banyak-banyak probiotik yang ada, jenama ini yang sesuai untuk baby. 

Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Olivenol
Petua tingkatkan imun sistem tubuh | Olivenol

8. Olivenol

Olivenol merupakan pati buah zaitun. Berkhasiat tetapi mahal harganya. Kalau mampu apa salahnya.


Ada lagi rasanya makanan yang boleh up kan immune sistem kita. Tapi mommy sekeluarga hanya mengamalkan beras rebus (klik sini). Sebab hari-hari kita makan nasi. Kenapa nak makan nasi putih yang tiada khasiat kan? 

Di samping itu, mommy gantikan gula putih yang merupakan racun merbahaya kepada gula organik(klik sini) dan gantikan garam putih kepada garam bukit (klik sini) yang mempunyai 84 unsur mineral asli yang diperlukan oleh badan kita. 

Jom ubah gaya pemakanan hidup yang sihat untuk kecantikan luaran dan dalaman!



#Cabaran20Hari Puasa/Raya pada #HariPertama adalah #ApaErtiPuasaBagiAnda

#Cabaran20Hari | Erti puasa
#Cabaran20Hari | Erti puasa

Fuhh macam nak menjawab soalan peperiksaan. Bila idea datang je mommy diduga dengan ragam comel anak-anak sehingga hilang idea. Tak apa, janji #Cabaran20Hari dapat diselesaikan.

Apa erti puasa?

Erti puasa dari sudut bahasa adalah menahan dari sesuatu.

Erti puasa dari sudut syar'i adalah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perkara yang membatalkan puasa disertai niat dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Erti puasa bagi mommy irra:

Erti Puasa Zaman sekolah

Puasa kena bangkit soq dan berbuka. Tiap kali puasa abah akan kejut sahur. Kadang-kadang tu dengan selimut selubung bangun ke dapur. Basuh tangan dan makan. Kemudian tunggu la waktu berbuka. Lepas berbuka KENA bersiap-siap ikut mak abah ke masjid untuk terawih. Hehee. 

Bila puasa, pasti berebut pilih baju raya. Bila nak raya pasti sibuk bantu mak dan kakak buat kuih raya.  

Erti Puasa Zaman Kolej 

Puasa ni lah masa kita nak sucikan hati. Sebagai manusia biasa kita tak lari dari melakukan kesilapan. Puasa mendidik rasa kasih mendalam antara kita dengan Pencipta. Juga mendidik rasa kasih dengan ibu bapa. Buat pertama kali tak dapat berpuasa dengan mak dan abah. 

Setiap petang berkumpul untuk masak bersama dan berbuka beramai-ramai di masjid. Kemudian solat terawih bersama-sama. Puasa merapatkan ukhuwah dengan kawan-kawan pada masa itu. 

Pada masa ini juga lah pertama kali merasa seronok nak pulang beraya ke kampung. Sebelum ni tak merasa nak beraya di kampung sebab tak ada kampung. Haha

Erti Puasa Zaman Universiti

Puasa bukan sahaja mendidik kita menjadi seorang penyabar, malah mendidik kita berjimat cermat dalam menguruskan kewangan. Makanan di bazzar Ramadhan yang menggiurkan dan menggugat nafsu puasa kena pandang sebelah mata sahaja. 

Erti Puasa Zaman Punya Suami

Saya lah orang yang kena bangun pagi buatkan sahur. Dulu-dulu jadi tukang makan je. Hehe. Puasa mengajar saya menghargai pengorbanan seorang ibu. 

Bila dah ada dua kampung, puasa mengajar saya menjadi seorang yang bertolak ansur dan memahami. Tahun ini beraya di kampung suami. Tahun lepas pon beraya di kampung suami.


Bila puasa ingat raya! Hahaha tak gitu semua. Tapi jangan lupa lipat gandakan amalan di bulan mulia ni.

Done #Cabaran20Hari #HariPertama


Begini keadaan anak meneman mommy solat di surau. Sebenarnya situasi ini kali pertama berlaku. Kebiasaannya mommy akan bergilir-gilir dengan daddyG menjaga anak-anak. Tapi tadi dah kesuntukan masa. Adam ikut daddy ke surau lelaki. . Mommy letak Amal di bawah dan minta Anis menjaga Amal. . "Handbag adik jangan tinggal, bawa sekali masa ambil air sembahyang. Akak dah terkena sekali. Leceh nak kena buat report pula nanti.", pesan kakak di sebelah mommy. . Masa solat, Amal dan Anis ada di sebelah. Bantal mommy letak di sebelah Amal yang dah mula rajin nak belajar meniarap. . Apa yang kita buat, pastikan keselamatan anak-anak terjamin. . . #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup #parentingblogger




Iftar capati. Alkisah nak makan pizza. Tapi.....dah fullhouse. Jadi kita nak mudah, singgah berbuka di kedai mamak jer. Tak perlu reserve. Alhamdulillah. Kenyang makan capati. #iftar #ramadhan2015 #irrayyandotcom #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup




Sedarikah kita sejak keluar dari rahim ibu, kita lahir menjadi manusia yang cekal dan tabah. Belajar dan terus belajar. Membesar dan terus membesar. Satu satu kejayaan kita kecapi. Pencapaian paling indah buat ibu adalah melihat setiap kejayaan anaknya. Terima kasih Allah. . . Amal belajar meniarap. 3 bulan 9 hari. Usaha tangga kejayaan... . . #irrayyandotcom #bukansekadarblogger #kelabbloggerbenashaari #bukansembangkosong #exchangefeedgroup





Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Anis Insyirah... Happy birthday to you.. . . Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah. . . #KelabBloggerBenAshaari #ExchangeFeedGroup


Ini petua merawat/menghilangkan batuk. Tak perlu nak jumpa doktor dan makan apa-apa ubat / dadah. Petua ni mommy dapat dari seorang herbalist China. Katanya ibu mengandung jangan makan ubat. Tak baik untuk baby.

Petua merawat/menghilangkan batuk ini mudah sahaja. Dapatkan sebiji buah lai yang besar berwarna coklat seperti dalam gambar di bawah.

Petua merawat/menghilangkan batuk
Buah lai kaler gold

Kupas dan potong kecil-kecil. Kemudian masukkan ke dalam bekas kaca yang bertutup. Stim selama 4 jam. (Air buah yang keluar semasa proses stim akan berkumpul dalam bekas kaca)

Petua mudah merawat/menghilangkan batuk
Buah lai di potong kecil


Minum air buah yang telah di stim tadi.



Semoga petua merawat/menghilangkan batuk dapat membantu masalah batuk lebih-lebih lagi di musim panas ini.