The Good Dinosaur Best

Terima kasih daddy belanja tengok cerita The Good Dinosaur. Kami tengok di TGV Family Friendly. Dua twin seat berharga RM30 sahaja.

The Good Dinosaur at TGV Family Friendly, JJ Bukit Raja

Seperti biasa lah, pergi mana-mana kena la menghadap mommy untuk posing sana sini. Pilot Adam dan Pilot Anis yang comel. Weeeee seluar orange!

Korang dah tengok cerita The Good Dinosaur ni?

Sejuk aircond, maka mommy dah standby sweater. Anis suka sangat mengikut orang. Sebab Adik Amal pakai sweater, so dia pon nak sangat-sangat pakai sweater.

Mommy marah berdiri. Takut popcorn tumpah. Ya ampun...

Daddy beli dua set popcorn. Tahu-tahu aje lah. Confirm budak-budak ni nak seorang satu. Nak pegang sendiri pulak tu. Seriyau mommy! Mommy pon pernah tumpahkan popcorn tu tau. So mommy taknak korang mengulanginya lagi. Sob sob!


Sementara menunggu panggung dibuka, sempat lepak duduk dulu. 

TGV Family Friendly

Ini kali pertama kami tengok wayang beli tiket Family Friendly. Apa beza dengan tiket biasa? Dalam wayang ni anak-anak boleh nak buat apa saja seperti berjalan. Kalau bising korang tak boleh marah. Dah kenapa pilih tiket family friendly kan? Selain daripada tu, ada tempat baby tukar diapers. 

Bagus anak-anak mommy layan movie. Best kan?

Tiket pon murah.
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5

Memandangkan mommy pilih twin seat, jadi harga twin seat
Mommy Daddy Rm10x2
Adam Anis RM5x2
Jumlah: Rm30

Haa ada lagi, lampu kecil masih dibuka. Kira panggung wayang ni tak gelap gelita. Dan juga sound tak terlalu kuat. So boleh la bawa baby tengok wayang kan. Eh baby tak ada la tengok wayang. Kesian kat mak baby kena tinggal kat rumah tak boleh tengok wayang sebab ada baby.


Pengajaran Cerita The Good Dinasour

Cerita The Good Dinasour ni mommy bagi 10 bintang. Adam dan Anis tengok dari awal sampai habis tanpa bising. Cerita ni pon banyak pengajaran yang boleh di ambil.

Sebagai ibu bapa, kita kena terima apa sahaja perangai anak dan membesarkan anak dengan sebaiknya. Bapa dinasour tidak putus asa mengajar anaknya erti berani dan dia yakin anak dia akan menjadi berani.

Anak-anak tidak perlu dibeza-bezakan. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Ibu bapa kena terima seadanya dan memberi teladan yang baik kepada anak-anak.

Walaupon kita ada kekurangan, tapi jangan jadi lemah kerana kekurangan itu. Kita boleh jadi berani dan kuat dengan melalui ketakutan tersebut.

"Perasaan takut itu tak boleh dihapuskan. Ia merupakan lumrah alam, kita tak boleh hapuskannya atau lari darinya, tapi awak boleh melaluinya.", salah satu dialog dalam cerita The Good Dinasour yang membuatkan Arlo, dinasour bongsu yang penakut menjadi berani.

2 comments:

  1. baru tahu ada panggung yang family friendly ni.. hehehehe.. bagus kann.. boleh la mommy bawa 3A gi tgk wayang selalu, behave je tiga2 tu.. :)

    ReplyDelete
  2. kak irra syggg kc tag kak irra http://www.sayidahnapisah.com/2015/12/year-end-giveaway-by-imashue.html :)

    ReplyDelete