Misi si cilik bersama dompet syiling

Semalam mommy pergi Tesco nak beli pampers murah. DaddyG memang alert sangat dengan pampers murah. 

Adam Rayyan pula sibuk nak bawa beg duit syiling. Berapa duit dalam tu mommy tak tengok pon. Mommy tak bagi Adam bawa. Risau la Adam tinggal merata nanti. Tapi Adam berkeras nak bawa juga beg duit tu. Daddy kata nanti simpan dalam kereta.

Dah sampai Tesco, Adam nak bawa juga beg duit syiling tu. Mommy gelakkan jela. Bawa duit nak beli apa? Mommy daddy kalah kali ni. 

Kami masuk ke Tesco beli barang. Tujuan utama adalah beli pampers. Maka daddyG menuju ke pampers. Mommy pergi beli barang lain. 

Dah habis shopping barang dapur, jom balik! Apabila sampai dekat mainan kereta joget, Adam keluarkan beg duit dia. 

"Laaaaa ini ke tujuan Adam bawa beg duit tu", mommy daddy tersenyum pandang masing-masing. 


Selalu daddy bagi alasan tak ada duit syiling. So Adam tak dapat la nak rasa kereta ni menyanyi dan berjoget.


Kali ini, Adam lagi bijak! Dia dah standby syiling siap-siap. Good boy sayang!

3 comments:

  1. Anak Buah saya pon suka dia main dengan mende alah nie :)

    Done singgah :)

    Happy BW :)

    ReplyDelete