Jelum anak demam panas!

Mommy jadi nurse isnin hingga jumaat. Mommy basahkan badan anak demam. Kadang tu belasah je mandikan.

Adam: pujuk suruh mandi. Cakap kat dia tak seronok kan demam. Nak cepat baik kan? Mandi ya? Mandi cepat-cepat nak bagi panas cepat hilang. Adam 4 tahun 4 bulan boleh faham apa mommy cakap dan dia setuju mandi.

Bila jelum dengan kain basah pon kadang menangis jugak. Tutup semua kipas. Kalau tak nak basahkan ketiak, tangan kena angkat supaya haba tak berkumpul kat situ. Baju tak boleh pakai.

Anak dah besar senang. Kita cakap-cakap je dia dah faham. Mudah nak bekerjasama. Gambar Adam tak ada. Mommy sibuk tak sempat nak ambil gambar.


Amal: bila letak kain basah dia merengek. Tapi buat tak tahu jela. Buat macam kita ajak dia main. Kipas kena tutup la. Kesian dia sejuk.


Disebabkan Amal tak reti cakap, jadi Amal tak banyak songeh. Layan je apa mommy buat.


Nak tidur pon tak boleh sebab panas sangat. Mommy pon tak berhenti kasi basahkan badan dia.


Bahan bukti mommy jadi nurse. Hahahaa. 


Penat weh bila anak sakit. Bukan sorang, bukan dua orang, bukan tiga orang! Eh anak mommy tiga je kan? Heee termasuk baby tua pon demam jadi 4 orang demam.


Tengok tu, sebab Amal tidur je, suhu naik. Tapi jelum jugak haaaa! Gila ke mommy buat tak endah kat anak sendiri.


Anis: 2 tahun 6 bulan. Anis susah sikit nak dipujuk. Tapi boleh la jugak. Mommy kena sabar lebih je.


Ni dia dah tak larat. So dia layan je la apa mommy buat.


Alhamdulillah, 4 baby mommy dah sihat dan bebas demam. Harap tak muncul lagi dah demam tu ya! Pergi main jauh-jauh!

2 comments: