#CabaranPerutKempis2016 dengan Mustajab SuperHot

Memandangkan usaha mommy nak kembali kurus ketika usia Amal Insyirah 6 bulan tidak menjadi kenyataan. Maka mommy melancarkan #CabaranPerutKempis2016. Usia Amal Insyirah kini telah mencecah 9 bulan dan berat mommy masih 51kg. Berat yang hendak di capai adalah 44kg. Mommy perlu kurangkan berat sebanyak 7kg. #CabaranPerutKempis2016 telah bermula beberapa hari selepas mommy membeli losyen kurus.

Jom kurus
#CabaranPerutKempis2016 dengan Mustajab

Mommy menggunakan Losyen Mustajab Super Hot dengan Halia 130ml yang berharga RM26.90. 


Selain losyen Mustajab, mommy menggunakan wraping untuk wrap perut yang mommy sapu losyen tersebut. Tujuan wrapping ni supaya losyen kekal lama dan memberi kesan pemecahan lemak yang lebih berjaya. 

Sekiranya tidak wrap, losyen akan diserap oleh kain atau baju yang kita pakai. Jadi, dengan wrapping akan memberi kesan pemecahan lemak secara optimum. 

Panas losyen Mustajab juga tidak lama seperti mommy memakai wrap. Nampak tak mommy m menggunakan losyen Mustajab secara optimum? Penggunakan losyen tidak perlu banyak. Hanya lapisan nipis sahaja sudah mencukupi.

Kenapa mommy nak menggunakan losyen Mustajab Super Hot ni? Kenapa tidak menggunakan losyen kurus yang lain? Ini kerana mommy pernah buat cabaran kurus pada 2010 sebelum mommy bertunang. Dalam masa 3 bulan mommy dapat kurang berat yang pada asalnya 48kg menjadi 44kg. 

Walaupon nama losyen ni adalah super hot, namun kesan losyen ini ke atas kulit dan lemak mommy sebaliknya. Mommy tak rasa panas malah semasa proses pemecahan lemak tu mommy berasa sejuk berangin. Kalau losyen lain mommy dah tak boleh tahan dan akan menggelupur. 

So, mari kita tengok bilakah #cabaranperutkempis2016 akan mencapai kejayaan. Mommy telah mulakan cabaran ini pada 26 Disember 2015. Chaiyok mommy! Selamat kempiskan perut!

3 comments:

  1. Chayokkk!!Semoga berjaya..HeHEHEHE

    ReplyDelete
  2. goodluckk mummy irra!! heeheheheee
    guna losyen PATI HERBA MAK BIDAN pun okay.. hehe

    kak, nk tanya, wrapping tu beli kat mane?
    nak follow jgk cabaran ni :D

    ReplyDelete