15k

Alangkah bahagianya jika mempunyai 15 ribu ringgit Malaysia. Berangan dalam mimpi je la nak memiliki RM15k tu. Mommy hanya ada 15k follower instagram.


Mommy:-
-suka bergambar tapi tak ada orang nak tolong ambil gambar. Kadang-kadang jela bila berjaya pujuk Adam ambil gambar. Bila pergi event suami jadi mangsa. Hihi
-suka ambil gambar. Anak-anak la yang utama. Ambil gambar apa sahaja. Tapi bila jiwa tak tenteram dan kesibukan melanda, lupa juga nak ambil gambar.
-suka gambar cantik-cantik je. Thank you daddyG bagi mommy handphone yang dapat ambil gambar cantik. Walaupon gambar tak cantik kalau tak ada cahaya #syukurselalu
-ambil gambar anak-anak sebab daddyG selalu pesan simpan buat kenangan. Gambar dan video mereka banyak sungguh!
-ada masa mommy upload dekat instagram dan shared to facebook. Padahal jarang buka facebook. Huwaaa mommy busy sangat.


Sekarang ni masa macam tak cukup sungguh. Tu yang sekejap ada gambar sekejap tak ada gambar. 

8 comments: