Telekung handmade kanak-kanak murah

Dah lama mommy cari telekung yang murah dan cantik untuk Anis. Anis dah 2 tahun 6 bulan. Boleh la ikut mommy sembahyang dengan memakai telekung sembahyang. Kanak-kanak seusia Anis cepat belajar dan mudah mengikut. 

lycra ringan dan sejuk
Anis memakai Telekung Safiya
Dapat je telekung Safiya ni tadi, mommy excited terus pakaikan kat Anis. Anis pon teruja juga. Dibelek-belek kain telekung tu. Seronok sangat la tu. Amal tunggu besar sikit ye. 

by iem creation
IEM CREATION 012-9777417
Telekung ni akan dibuat mengikut saiz anak dan boleh pilih kaler yang ada. Ikutkan hati mommy berkenan kaler pink. Tapi nak tunggu stok kain pink ada, lama pulak. So kaler hijau ni mesti daddyG pon suka. Kain telekung ini dibuat menggunakan kain lycra yang selesa dan sejuk bila dipakai.

telekung by iem creation
Teruja dengan telekung baru

Harga Telekung Safiyya

Semasa harga barang semua naik dan terus naik, masih ada peniaga yang memahami dan meletakkan harga yang mampu dimiliki semua golongan. 

1-2 tahun RM25
3-5 tahun RM30
6-8 tahun RM35
9-12 tahun RM40

telekung kanak-kanak murah
Koleksi Telekung Safiya

Iem Creation juga sedia menerima tempahan menjahit:-
  • baju kurung biasa/moden/pahang/riau
  • jubah/dress/blouse/skirt wanita
  • dress/skirt kanak-kanak
  • jubah/baju melayu lelaki
bandar seri jempul bahau batu kikir pasoh putrajaya
IEM CREATION

Tempahan di sekitar Bandar Seri Jempol, Bahau, Batu Kikir atau Pasoh, boleh menghantar kain tempahan terus di rumah tailor sendiri :
Iem Sarimah :iphone: 012-9777417

Tempahan di sekitar Putrajaya, boleh menghantar kain tempahan melalui wakil Iem Creation :
Zana Adieyza :iphone:013-6065246
*Penghantaran melalui pos juga diterima dengan menghantar baju contoh kepada Iem Creation.

Iem Creation juga membuat tutorial menjahit telekung di fanpage mereka. Siapa yang berbakat menjahit tu boleh la membuat telekung anak-anak sendiri.

Tutorial menjahit telekung

Jom ajar anak-anak belajar sembahyang dari kecil lagi.

Fanpage: Iem Creation


8 comments:

  1. bulatnya mata Amal!

    p/s: thanks mommy ira..hadiah hari tu dah selamat smpai kat rumah...Moga Allah tambahkan lagi rezeki kepada mommy ira..Amin.

    ReplyDelete
  2. awfiyah dan naura dah besar sikit boleh la beli untuk diorang tu

    ReplyDelete
  3. comelnya anis...telekung tu pun lawa irra...nak belikan tuk anak KG juga la...

    ReplyDelete
  4. sweet nya Anis.. sejuk mata memandang, boleh tempah buat menantu ni... hehehehee.. :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya telekung tu! Harga pun murah

    ReplyDelete
  6. Wahh... Menarik! Nanti boleh order

    ReplyDelete