Shopping online dari US dengan MYSALE.MY

Korang pernah shopping online terus dari luar negara tak? Mommy pernah sekali dulu. Lebih kurang 4 tahun lepas sebelum Adam Rayyan lahir lagi. Mommy beli baju dan botol avent. Walaupon terpaksa menunggu lama tapi mommy percaya dengan kakak yang menjual tu. Kakak tu tinggal di UK dan dia buat kerja sampingan dengan menjual barang-barang dari sana. Mommy dah survey harga memang paling murah dan yang tersangat penting adalah original. Barang pula akan sampai sebelum EDD(estimated due date).

Kini, sekali lagi mommy digoda setiap hari dengan barangan dari MYSALE. Alkisah macam mana mommy boleh bertemu jodoh dengan MYSALE? Bermula dari entri blog Eirna yang bertajuk Is Your Child Next Insta-Superstar. Ada contest Am I The Next Insta-Star. Adam dan Anis memenuhi syarat-syarat penyertaan. Terus mommy nak sertai contest ni. Ini merupakan pertama kali anak-anak mommy join contest.

Mommy kebetulan memang dah janji dengan photographer JMR23.com untuk photoshoot 31 Ogos sempena birthday Adam. Tapi disebabkan contest tu, mommy awalkan sesi photoshoot. Penyertaan contest pon mudah sahaja, hanya post gambar dekat instagram dan letakkan hashtag #MYSALE dan instagram MYSALE.


Adam dan Anis menjadi 20 finalist MYSALE contest. 2 minggu masa diberi untuk vote peserta. MYSALE minta mommy emailkan username id mysale untuk kreditkan voucher RM100 kerana berjaya menjadi finalist. Disebabkan ini lah mommy boleh register MYSALE dan hari-hari window shopping online. 

Apa itu MYSALE?

MYSALE adalah gedung beli belah online untuk kanak-kanak, wanita, lelaki, keperluan rumah, kecantikan dan aksesori. Senang cerita macam-macam ada. Harga pon boleh buat mommy online window shopping setiap masa. Pesanan kita akan dihantar terus dari US.

Kalau korang nak signup juga boleh la terus register di MYSALE.my 

Baru-baru ni lipstik mommy tak dapat dikesan. Mommy ni dah lama usha produk kosmetik di MYSALE online. Jadi berjaya lah kali ini membeli di MYSALE. Satu lipstik ni harganya RM65. Beli 5 dapat RM89. Murah sangat dan lipstik ni dibuat dari mineral dan tiada bahan kimia.


murah dan original dari US
Adamma Beauty Natural Lipstik
Bukan selalu kan daddy nak belanja mommy kan. So sila bertabah la tunggu lagi 5 minggu ya.

Hari ni ada sale baru lagi. Terbekenan! Terbekenan! Best kan kalau letak Amal mandi dalam ni. Abang kakak macam mana? Kalau abang kakak join sekaki, habis la adik! Huhuhu

pool kanak-kanak yang murah dari oversea
Pool for age 3+; tak pernah jumpa ni kat Malaysia

Haa, korang faham tak konsep MYSALE ni? Setiap barangan yang dijual adalah barangan yang tengah ada sale sehingga 80% off. DaddyG suruh tunggu Krismas Sale. Kalau tunggu lagi lama, lagi lambat la dapat barang. Takpe takpe, asal daddy nak bayar, lambat pon tak apa. Lagi satu, kena beli cepat-cepat sebelum habis sebab online sale bukan sahaja ada di Malaysia(MYSALE). Nampak macam wow? Dari oversea? Hahaha mommy tak pandang sangat pon semua tu. Mommy nak barang mommy beli tu berkualiti dan harga mommy mampu nak beli.

2 comments:

  1. bestnyeeee..nk gi terjah jap..

    ReplyDelete
  2. Murah tu. sayangnye dah lepas hehehe.saya cuma nak cerita, kalau beli barang dari US kan? dan diorang tak hantar ke malaysia kan? boleh guna viabox. Mesti sampai gak.apa apa la yg di idamkan dari sana

    ReplyDelete