Masakan Melayu Kampung Ummiza Cafe Sepang

Bila sebut masakan kampung, makanan apa yang terlintas di fikiran anda? Mommy nampak ulam-ulaman dulu. Heeee mohon tabahkan hati melihat gambar-gambar ini. 

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masin

Serius mommy cakap bila makan di Ummiza Cafe, ingat mak kat kampung. Masakan di sini persis masakan mak. Rugi kalau dah dekat, tapi tak singgah makan. Jom tengok makanan apa lagi ada di sini.

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak pucuk ubi


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak siput sedut


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Masak lemak rebung


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Sambal udang petai


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ayam masak merah


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan kembung goreng


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan keli berlada


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Sambal ikan bilis


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ikan kembung berlada


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ayam masak kicap


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Kari daging

Ummiza Cafe hanya dibuka pada jam 7:30 pagi sehingga 3 petang untuk sarapan pagi dan juga makan tengahari setiap hari kecuali hari Ahad. Kuih muih kat sini pon korang kena cuba. Mommy siap tapau bawa balik kuih lapis dan seri muka. 

Setiap hari akan ada menu yang berlainan antara 15-20 jenis masakan. Makanan disini hanya ada menu nasi campur sahaja. Korang yang dekat ni kena datang lunch awal tau. sebab ramai student MIAT(Malaysian Institute of Aviaton Tecnology) datang makan di sini. Kalau student datang makan sini, mestila sebab harga makanan di sini sangat berpatutan.


Kuih muih yang lazat untuk sarapan pagi

Hiasan Ummiza Cafe ringkas dan cantik. Tengok gambar je boleh membuatkan mommy tak sabar nak datang Ummiza Cafe. Susunan Cafe kemas dan sentiasa bersih.

Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Suasana Ummiza Cafe 

Di sini juga menyediakan WIFI. Ini yang paling best kan. Kalau student tu boleh makan sambil buat kerja sekolah. Zaman mommy belajar dulu selalu la lepak mamak sebab nak guna WIFI buat assignment pensyarah bagi.  


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Ummiza Cafe dari luar cafe

Macam mana nak datang ke Ummiza Cafe? Ummiza Cafe beralamat di 

Ummiza Cafe
No 229, 
Batu 29, 
Kampung Jenderam Hulu, 
Dengkil. 

Korang akan jumpa signboard di bawah ni nanti.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Signboard ke Ummiza Cafe

Ummiza Cafe juga menyediakan tempahan untuk majlis 300 orang ke bawah seperti Majlis Makan Keluarga/Pejabat, Majlis Hari Jadi atau Majlis Ulang Tahun. Tetapi, pihak Ummiza Cafe tidak menyediakan perlatan catering dan pengangkutan atas sebab kekurangan kakitangan.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Suasana majlis di Ummiza Cafe

Antara kemudahan yang disediakan di sini:
Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Kemudahan bilik air dan surau yang bersih

Di sini juga boleh menempah set karaoke untuk majlis anda nanti.


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Blogger razi menghiburkan semua

Kalau nak bergambar, background di mana-mana pon cantik. Mommy sangat recommend anda ke sini untuk sarapan pagi, makan tengahari atau mengadakan majlis di sini. Recommended!


Masakan kampung Ummiza Cafe Sepang
Blogger yang terlibat dalam food review Ummiza Cafe

Masakan yang mommy irra paling suka? Haaa mesti lah ayam masak merah! Ayam masak merah dia macam mak masak. Susah tau nak jumpa ayam masak merah macam ni. Scroll balik tengok ayam masak merah kat atas. Heheee

Untuk dapatkan update terkini mengenai Ummiza Cafe boleh lah follow instagram Ummiza Cafehttps://i.instagram.com/ummizacafe/

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

#ummizacafe
#jenderam
#sepang 
#catering
#breakfast
#lunch
#kelabbloggerbenashaari

26 comments:

  1. PERRRRR...
    mengoda iman dan menaikkan nafsu makan nie..


    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak menggoda ni..menggoda nafsu makan....kalau dekat sila lah ke Ummiza Cafe Dengkil ya

      Delete
  2. singgah pagi...
    super sedap menu diaaaa....

    ReplyDelete
  3. Sangat sedap dan terliur balik tgk gambar menu tu ...hihi

    ReplyDelete
  4. antara banyak2 masakan kat atas ni , kak irra suka yg mana ?
    Lyssa suka siput sedut ! ahahhahaah

    ReplyDelete
  5. Siput sedut tu... masak lemak tu... alahai.... kbba muatnaik entri seua pasal ummicafe.... rasa nak cuti2 dari baca entri.. haha ! repeat tengok gambar pun lapar lagi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...ada masa boleh singgah ke ummiza cafe

      Delete
  6. Menarik juga makanan kat situ... selama ni lalu jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas ni singah tau bonde..tapau sekali utk kawan2 ofis.. sebut nama KBBA dapat murah ..eh memandai je pcl hihi.

      Delete
  7. Paling menambat hati untuk akak is sambal udang petai..menyelerakan lahaiiii..heeeee

    ReplyDelete
  8. korang geng2 KBBA ni buat kecur air liur sungguh laa... sehari dua ni up gambar makanan sedap2.. geraaaaammm je tengok...!! hahahahahaa...

    confirm ajak Pokchik gi try nanti ni.. dekat je dgn umah.. :)

    ReplyDelete
  9. udang tu nampak menyelerakan..lapar nyee

    ReplyDelete
  10. meriah... menepati tema , selesa... bilis , teluq masin , pucuk lemak sangat sangat sangat sangat melaparkan kembali perut dan seisinya

    ReplyDelete
  11. tengok balik gambar2 tu semua buat perut akak berbunyi la irra...hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnya siput sedut tuu.. Dah la fevret saya tu. Hihi
    ; Pengalaman Ajar Anak Free Diapers

    ReplyDelete
  13. fulamaakkk sedapnyaa.... dah lama xmkn siput sedut tu. yg sambal udang tu nasib baik baru je mkn lunch tadi. jadi xleh nak meroyan sgt. hee

    ReplyDelete