Kaio Studio Photographer Videographer Terbaik

Hari ini mommy nak kongsikan dengan anda, siapakah Kaio? Beliau lah yang merakamkan gambar kami di Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari. Hasil gambar dan video Kaio sangat kebabomm! 

Siapakah Kaio?

Kaio atau nama penuh beliau, Khairul Anwar Abdullah mendapat Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Beliau memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. 

Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Pemandu Pelancong - KAIO DI Majalah Aniqah
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Pemandu Pelancong - KAIO BERSAMA TETAMU
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Pemandu Pelancong - KAIO DI DADA AKHBAR
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Pemandu Pelancong - Kaio di MHI TV3
Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari

Walaupon tengah kepit bola pon nampak comel..hehehe

Blog mommy so letak gambar mommy jela ye..nak makan pon tak lepas handphone



Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 


Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Cairo - Kaio bersama Ungku Ismail Aziz
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Ungku Ismail Aziz di Cairo - Gambar oleh Anwar Abdullah
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Melinda Looi - Bersama Kaio
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Cairo - Kaio bersama sahabat yang belajar di mesir
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Bersama Anuar Zain di Paris berlatar belakangkan" Arc de Triomphe"
Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

Kaio bersama Datuk Maznah Hamid

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. 



Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. 

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Kaio bersama Siti Nurhaliza

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

(Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.


Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. 


Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Team Kaio Studio

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
KELAS VIDEO
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Saiful Nang
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari:


Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal boleh follow:
Instagram www.instagram.com/kaio_my

Antara hasil kaio studio yang menarik perhatian mommy adalah seperti berikut:

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Mawar Rashid
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
WEDDING BY KAIO
Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Pembikinan muzik video Azlan Typewriters


Semakin bertambah usia semakin jauh ingatan kita terhadap perkara lepas. Pastikan anda merakam momen indah anda supaya menjadi sejarah untuk ditatap pada masa hadapan.

Kaio Studio merupakan team yang sangat profesiomal dan sangat rugi jika anda mampu tapi tidak menggunakan khidmat dan kepakaran mereka. Ayuh hubungi Kaio Studio segera!

2 comments:

  1. Sebelum ni..mmg tertanya-Tanya. ..siapa kaio ni..terjawab di sini

    ReplyDelete
  2. oooh baru aina tahu. tapi memang powerla dia snao gambar

    ReplyDelete