Bendi goreng kicap

Tadi makan tengahari mommy masak sayur bendi goreng kicap. Letak kicap sikit je acah-acah kasi color je sikit.

Mommy orang utara panggil sayur bendi ni kacang lendir. Mommy kira orang hulu la. Kalau keluar loghat hulu baling, ada yang tak faham nanti. Kalau orang hilir pula panggil kacang lendiaq. Nama saintifik sayur bendi ialah abelmoschus esculentus. 

Bendi goreng kicap
Bendi goreng kicap

Sayur bendi ni banyak tau khasiatnya. Selalu kita main makan je kan. Kalau belajar pasal khasiat makanan masa sekolah pon, sekarang pasti dah pakat lupa habis. Jom kita study sikit pasal sayur bendi!


Khasiat Pokok Bendi

Buah bendi yang muda sedap dibuat sayur atau dimasukkan ke dalam kari. Daun yang muda (pucuk) boleh dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan. 

Buah bendi sangat berkhasiat kerana dapat membantu menguatkan otak, menambah daya ingatan dan memberi kecerdasan. 

Biji, akar dan bunga bendi kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil.

Ada orang kata bendi dapat memudahkan proses bersalin. Mungkin la kerana lendirnya tu. Mommy sendiri amalkan semasa mengandung.

Air rebusan biji,akar dan bunga bendi juga digunakan untuk merawat kudis dan bisul. 

Air rebusan buahnya apabila dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Haaa yang ni pon mommy baru tau. Boleh la amalkan selepas ni.

Lendir yang terdapat dalam buah bendi boleh dijadikan krim penyejuk dan melembutkan kulit. 

Untuk kesihatan optimum, makan sayur bendi dengan hanya merebus sahaja. Bendi bersifat alkali dan apabila dicampur dengan kicap yang bersifat asid akan meneutralkan zat makanan tadi. 

Petua rebus sayur bendi adalah rebus tanpa memotong bendi supaya tidak kehilangan lendir dan zat bendi.

Untuk ibu mengandung jangan amalkan makan kicap ya. Kicap adalah salah satu trigger/pencetus ekzema yang kuat. 

4 comments:

  1. sayur fav ni. tapi biasa kite goreng dgn ikan bilis,telur, sambil sikit.
    sedapp.nnt try lahh :)

    ReplyDelete
  2. Suka bendi goreng cili.. boleh mereatah macam tu jaaa....

    ReplyDelete
  3. sedap sedap.. bendi masak apa pun sedap =D

    ReplyDelete