9 Kelebihan Aplikasi Telegram (berbanding WhatsApp)


Ada orang di sekeliling mommy yang lebih suka menggunakan WhatsApp berbanding Telegram. Mommy lebih selesa guna Telegram. Macam-macam mommy boleh buat di telegram seperti periksa status poslaju dan gst , semak saman kereta MBSA dan bermacam lagi.

Di bawah mommy list kan beberapa kelebihan aplikasi Telegram ini. Kenapa mommy bandingkan dengan WhatsApp? Kerana ramai kawan-kawan mommy yg masih setia dengan WhatsApp.



Telegram

WhatsApp
Ahli GrupMaksimum 200 orang
Kongsi dokumenSemua jenis dokumen termasuk Word, Excel, PDF, ZIP, EXE (selain gambar, audio, video)
Saiz dokumenSehingga 1.5GB
Multiple loginYa. Boleh login pada banyak peranti dalam satu-satu masa
Aplikasi di PCAda
Menyokong StickerYa beserta emoticon
Menyokong BroadcastYa dan telah ditambahbaik dengan fungsi channel. Tiada had penerima
Secret Chat dan auto-destruct messageBoleh
Backup chat logOn the cloud. Tidak perlu risau jika HP hilang atau terformat


Siapa-siapa yang dah ada Telegram dalam smartphone tu boleh cuba channel Ping Entri Blog
https://telegram.me/PingEntriBlog
dan untuk up-to-date dengan berita-berita terkini boleh join channel News Feed
https://telegram.me/MYnewsfeed

p/s: Kekurangan pada aplikasi Telegram buat masa ini di Malaysia adalah bilangan penggunanya yang tidak seramai pengguna WhatsApp. Tujuan mommy irra buat post ini adalah untuk menggalakkan penggunaan Telegram yang ternyata lebih advanced daripada WhatsApp.. Hehehe


16 comments:

  1. ada 2 feature lg yg telegram blh buat dan whatsup tak boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer crita...cer crita...
      boleh tambah ilmu lagi ;)

      Delete
  2. Just nak tambah skit yer, Whatsapp ada aplikasi untuk PC iaitu https://web.whatsapp.com.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy maksud kan aplikasi yang boleh di install di PC dan OSX. whatsapp tiada aplikasi seperti itu. sorry ;P

      web.whatsapp.com adalah sama dgn web.telegram.org; menggunakan broswer. cuma disadvantage web whatsapp adalah phone dan browser mestilah active sepanjang masa.
      bayangkan phone kehabisan bateri bolehkah kita berwhatsapp di browser? huhuhu

      Delete
  3. qila pun haritu baru download
    best!!! :D hehehehe

    ReplyDelete
  4. Itula masalahnya Telegram ni tak ramai orang install, Whatsapp ni paling glamor sebab dah lama orang pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul. whatsapp dah glamor lagi2 slps facebook beli whatsapp ni.

      "yang glamor tak semestinya bagus", ayat ddyG pada mommy.

      Delete
  5. sis..aplikasi di pc tu maksudnya yg boleh chat kat pc tu kan..> kalo yg camtu, wassap tu ade aplikasi di pc sis,..salu guna kalau time malas nak taip kat hp..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy maksud kan aplikasi yang boleh di install di PC dan OSX. whatsapp tiada aplikasi seperti itu. sorry ;P

      web.whatsapp.com adalah sama dgn web.telegram.org; menggunakan broswer. cuma disadvantage web whatsapp adalah phone dan browser mestilah active sepanjang masa.
      bayangkan phone kehabisan bateri bolehkah kita berwhatsapp di browser? huhuhu

      Delete
  6. Dah join EFG baru tahu kelebihan Telegram. Kalau tidak, WA aje lah yg tahu hehehe

    ReplyDelete
  7. tu la dulu hanset lama dah ada App telegram ni..sekarang hanset baru tak download lagi..

    ReplyDelete
  8. banyak rupanya kelebihan telegram nih..

    ReplyDelete
  9. Nset rosak.. nset sekarang suka hang.. simpan hajat kalau dapat nset baru.. hehe

    ReplyDelete
  10. menarik ..telegram boleh pelbagai kelebihan ada.. tak beratkan hset tp kekdg lambt sdkit nk loading..

    ReplyDelete
  11. Ada telegram tapi x ramai kawan yang guna telegram.. huhuhu..

    ReplyDelete