Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting


Sana sini orang bercakap pasal Tadom Hill. Mommy pon gigih la mencari. Di mana Tadom Hill Resort ni? Cantik ke? Kenapa tiba-tiba jadi viral? Bila usha facebook dan instagram mereka. Wahhhhh. Macam luar negara.  

Tadom Hill Resort menjadi viral setelah pembukaan Tadom #GrooveOn yang akan berlangsung pada 19 September diumumkan. Ia juga mengakibatkan laman Tadom Hill Resort terganggu kerana trafik yang tinggi; 100000 pengunjung dalam masa 7 hari. 

Apa  benda tu Tadom #GrooveOn? 
Tadom #GrooveOn adalah festival muzik unik di mana gabungan muzik dengan kecantikan Tadom Hill Resorts yang sangat mengagumkan.
Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Sekarang dah fully booked
Antara yang akan hadir membuat persembahan pada hari tersebut adalah Hanner Gruber dari Australia. Helga violin dari Hungary. Patut la macam best jer. Macam havoc jer. Sehingga Tadom #GrooveOn dah fully booked.

Apa yang bestnya Tadom Hill Resort ni?
Tadom Hill Resort merupakan salah tarikan baru di Malaysia terutamanya kepada mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi. Resort ini dikelilingi tasik serta permandangan yang indah dan terletak di Banting, Selangor.

Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Cantiknya kawasan di sekeliling Resorts
Suhbanallah. Cantik sungguh! Kaki travel dan kaki photography pasti tidak akan melepaskan peluang pergi ke sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkhemah, berkayak serta bermandi-manda di tasik berkenaan. 

Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Apa benda ni? scroll gambar di bawah
Keunikan tempat ini dan penggunaan buluh dalam aktiviti di sini sangat memukau hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Bestnyer. Lepak atas buluh ni dalam air.
Mommy pon kalau berpeluang nak juga pergi ke sini. 

Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Berakit sambil bermain muzik. Indahnya!
Tetapi mommy kena belajar berenang dahulu. Hahaha sayangnya daku tidak tahu berenang. 


Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Boleh terjun dari sini. G tengok video kat instagram@tadomhillresortss
Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu orang asli serta memahami kebudayaan mereka.

Tadom Hill Resorts #GrooveOn di Banting
Ada aktiviti bersama orang asli di sini
Sempena pembukaan rasmi Tadom Hill Resorts menawarkan 3 jenis pakej penginapan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Bamboo Hut pada harga yang berpatutan.

Tadom Hammock Sphere
Tadom Hammock Sphere
Tadom Tent Sites
Tadom Tent Sites
Tempat ni memang best sangat. Cantik sangat. Mendekatkan diri kita dengan alam dan penciptaNya. Kagum sangat. 



Untuk maklumat lanjut korang boleh layari facebook rasmi Tadom Hill Resorts atau instagram @tadomhillresorts . Gambar mommy rembat dekat facebook Tadom Hill :D 

32 comments:

  1. Cantik giler... Nanti balik banting nak pergi la

    ReplyDelete
  2. Dah dekat dgn umah Cikla ni.. Tp baru tau sejak viral kt FB.. Tak sangka Ada tempt cantik sgt kt Banting,,, Cayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tempat cantik di jaga, mesti akan bertambah cantik..harap kekal la cantik dan terjaga

      Delete
  3. Salam khamis...
    Singgah pagi melawat kawasan :)

    ReplyDelete
  4. teruja tengok pemandangan kat sini.. :)

    ReplyDelete
  5. viral sungguh tadom hill ni... great sinematografi... seram pun ada...

    ReplyDelete
  6. Wahhh..cantiknya tempat dia...Teringin nk pegi..

    Jom singgah Izzati Suhaide

    ReplyDelete
  7. komen org Banting kata Tadom Base memang best, tapi Awas kena jaga mulut jangan celupar, tempat lokasi agak menyeramkan. Niat baik insyaallah xde apa apa yg x elok berlaku.

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa...errr ade binatang kt situ tak?ular kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde kot...ada blogger g..macam best giler

      Delete
  9. Salam irra, akak bw kat sini...wah cantik pemandangan..kalau buat pre wedding shooting pun ok ni kan

    ReplyDelete
  10. Dekat jer dengan tempat Bonde.... Kalau ke Banting lalu highway dah boleh nampak... Tandom Hill

    ReplyDelete
  11. menarik...ada terbaca di blog Mastura

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pakat update...teruja tengok keindahan tempat ni

      Delete
  12. saya dah pergi... memang menarik tempat ni... recommended sesangat
    http://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh....semoga saya dapat pergi jugak

      Delete
  13. Hai & assalamualaikum....cantik - cantik gambar tengok...ini kalau kita buat gathering kat sini bestnyaaa kak irra......

    mai follow blog & jangan lupa blogwalking yaya cendana tw...hihih.... :)

    www.yayacendana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah follow...dah blogwalking..hahaha..sini buat gathering one day ok je kot

      Delete
  14. wahhhhh..cantik sgttt tempat ni..dh viral kat fb..

    ReplyDelete