Kuih Kapal Terbang

Kuih tradisional makin lama makin dilupakan. Kalau dahulu, kuih muih tradisional ini lah yang memeriahkan hari keraian. Bila hari raya menjelma, emak-emak akan ditemani anak-anak dan saudara mara berkumpul menyediakan kuih muih tradisi ini. 

Ini adalah kuih kapal terbang. Orang Kedah panggil kuih kapal terbang. Namun ada panggilan masing-masing apabila mommy letakkan gambar kuih ini di facebook dan instagram.

Kuih tradisional kuih kapal terbang

Kuih kapal terbang yang rangup serta ditabur gula halus memberi keenakkan yang istimewa apabila dimakan.


Resepi? Huwaaa mommy tak sempat minta resepi. InsyaAllah ada rezeki mommy berkongsi resepi dengan anda.

2 comments:

  1. Bonde panggil kuih tiram... bonde suka kalau gula yg disira tu lebih sikit... sesekali makan mmg layan...

    ReplyDelete
  2. sedapnya! dah lama tak makan kuih ni

    ReplyDelete