Resepi Berbuka mudah dan ringkas | Roti Arab

Dalam bulan puasa ni, hari-hari berbuka makan nasi. Hari-hari bersahur nasi juga. Mommy nak kelainan, terus buka entry lama-lama cari resepi mudah, ringkas dan sedap iaitu Roti Arab.

Resepi Berbuka mudah dan ringkas | Roti Arab
Roti Arab

Resepi Berbuka mudah dan ringkas | Roti Arab

Bahan A
1. 500g tepung gandum
2. 2 sudu butter
3. 1 sudu kecil yis

Bahan B
1. 250ml air suam
2. 2 sudu besar gula
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 2 sudu minyak masak

Cara-cara menyediakannya:
1. Gaulkan bahan A menjadi seperti cebisan roti.
2. Campurkan semua bahan B.
3. Masukkan campuran bahan B ke dalam bahan A. Gaul sehingga sebati dan tidak melekat.
4. Biarkan doh selama 20-30 minit.
5. Doh tadi bentukkan bulat-bulat dan leperkan dan sedia untuk digoreng.
6. Siap! 


Roti arab ini boleh la di makan bersama kari ikan/daging/ayam.

Selamat mencuba!

10 comments:

  1. Mudah sangat nak buat... boleh cuba ni hujung minggu nanti ni.

    ReplyDelete
  2. waahhh... beroti arab lah jawabnya ye... :)

    Selamat Berbuka Mommy Irra...
    *ehhh...lambat lagi.. baru 3:30ptg..kikikikikiii*

    ReplyDelete
  3. ira tulisan bg bold sikit boleh dak. km pening baca sebab dia xterang. tqq :)

    ReplyDelete
  4. wah ! sangat simple,sedap ni cicah dengan kari ayam

    ReplyDelete
  5. senangnyer..xpernah buat mkn roti arab..

    ReplyDelete