Petua tanak/masak nasi

petua tanak/masak nasi
petua tanak/masak nasi
Mommy Irra nak berkongsi petua tanak/masak nasi. 

Basuh beras 3x
-Bilasan pertama baca al-Fatihah
-Bilasan kedua baca al-Inshirah
-Bilasan ke3-selawat

Dulu-dulu tiap kali masak nasi mesti mak ingatkan tentang bacaan ayat-ayat ni. Patuh pada arahan seorang ibu. Tanpa bertanya sebab dan asbab sehingga kini menjadi amalan harian. Pandangan peribadi mommy Irra, setiap butir bicara kita adalah doa. Lebih-lebih lagi doa ibu adalah doa yang mustajab. Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga bukan hanya ketika selepas solat. 


Mari kita sama-sama selami dan fahami satu persatu terjemahan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah dan al-Inshirah

1. Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

94. Al-Inshirah

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kenapa mak suruh baca Fatihah dan Alamnashroh ketika basuh beras. Mak jawab: "Untuk menyucikan hati dan jiwa. Minta dijauhkan dari segala penyakit."

Boleh juga ditambah ayat pelembut hati Nabi Daud semasa masukkan air terakhir.
“Ya Allah, lembutkanlah hati mereka sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Doa ini untuk melembutkan hati sendiri, suami dan anak. Doa-doa ini kena selalu-selalu baca supaya jadi amalan harian.

Mari kita sama-sama amalkan.


with love,
Mommy Irra
irrayyan.com

9 comments:

  1. HYEEE...AKHIRNYA ! DAPAT JUGA BLOGWALKING..SYIRALOKMAN CUTI SEM :D JOM KE BLOG ..BANYAK GIVEAWAY AND CERITA NAK KONGSI :D

    ReplyDelete
  2. tq iira ats sharing..nk amalkan la lps ni :)

    ReplyDelete
  3. good sharing irra..insyallah akn amalkan

    ReplyDelete
  4. ohh umi kc ajar baca ayat pengikat hati ehhehe

    ReplyDelete