Hari Bayi Pertama di Malaysia

TOLLYJOY DENGAN KERJASAMA YAYASAN ORPHANCARE MELANCARKAN HARI BAYI PERTAMA DI MALAYSIA


TOLLYJOY DENGAN KERJASAMA YAYASAN ORPHANCARE MELANCARKAN HARI BAYI PERTAMA DI MALAYSIA
Hari Bayi Pertama di Malaysia | Tollyjoy dan Yayasan OrphanCare


Selangor, 8 Jun 2015 – Ada yang berkata, kejayaan yang besar bermula dari langkah yang kecil. Bagi kebanyakan ibu bapa, antara permulaan yang paling baik adalah daripada keibubapaan. Kehadiran bayi menandakan bermulanya satu perjalanan indah yang memerlukan kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya. Lebih penting lagi, ini merupakan sebuah perjalanan berdepan dengan beberapa pengalaman hidup paling berharga yang dipelajari daripada pengalaman membesarkan anak-anak.

Pada tahun ini, Tollyjoy dan Yayasan OrphanCARE berganding bahu meraikan para bayi dengan melancarkan Hari Bayi pertama di Malaysia. Bertempat di Hospital Pakar Damansara KPJ (KPJ DSH), pelancaran Hari Bayi Tollyjoy 2015 merupakan hari yang istimewa khusus untuk menghargai bayi dan menyuntik semangat kepada ibu bapa dalam menjaga dan memberi persediaan kepada si kecil mereka. Selain tidur dan menangis, menyusu dan menukar lampin, bayi boleh mengajar kita perkara yang kita mungkin tidak akan dapat belajar dengan sendirinya. Seperti mana para ibu dan bapa sedia maklum tentang peranan mereka, banyak sekali perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan cahaya mata

“Kami amat teruja untuk mengumumkan Hari Bayi pertama kami di Malaysia. Kita ada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-kanak dan juga Hari Ibu Bapa. Para bayi juga berhak untuk mendapat hari mereka sendiri untuk dihargai dan diraikan. Fokus kami pada hari istimewa ini ialah menyediakan yang terbaik untuk ibu bapa dan juga bayi mereka, sejajar dengan misi kami. Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan OrphanCARE untuk mewujudkan peluang ini khusus buat ibu bapa di samping memberi keseronokan kepada anak-anak mereka serta mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana untuk menjaga mereka,” kata Encik Tan Wee Keng, Ketua Pegawai Eksekutif Tollyjoy Corporation.

Majlis ini menandakan kerjasama yang penuh bermakna antara Tollyjoy dan Yayasan OrphanCARE, dengan objektif menyediakan setiap anak yatim dan bayi yang ditinggalkan di Malaysia sebuah rumah penyayang melalui khidmat pengambilan anak angkat serta program hac bayi yang diberikan secara meluas melalui kerjasama dengan Kumpulan KPJ. Pada masa ini, terdapat lapan hac bayi KPJ di Semenanjung Malaysia yang memberi sokongan kepada objektif ini.

“Bayi dilahirkan dengan perasaan ingin disayangi, dihargai serta emosi yang inginkan keselamatan. Tugas kami adalah memastikan bahawa setiap bayi diberi peluang menikmati kehidupan yang sihat dalam keluarga yang selamat. Pada masa yang sama, kami dapat memenuhi keinginan pasangan-pasangan yang gagal untuk menimang cahaya mata. Hari ini adalah masa untuk mengiktiraf kepentingan keluarga, kasih sayang dan penjagaan kepada setiap kanak-kanak. Inilah pendirian yang dipegang oleh yayasan kami dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama dengan Tollyjoy,” kata YBhg Datin Elya Adnan, Pemegang Amanah Yayasan OrphanCARE.

“Kerjasama kami dengan Yayasan OrphanCARE adalah sesuatu yang amat bermakna. Beberapa bulan pertama kehidupan bayi adalah sangat penting. Malangnya, tidak semua bayi yang dilahirkan berada di rumah yang baik. Kami rasa, ini adalah sesuatu yang perlu diberi pertimbangan, di situ timbulnya ilham untuk mengadakan kerjasama ini,” tambah Encik Tan.

Sejajar dengan slogan, 'Meraikan Bayi Yang Anda Sayangi', majlis ini turut menjemput ibu bapa, bayi dan pakar-pakar dalam industri penjagaan bayi untuk berkongsi pengalaman dalam sesi minum petang yang memberi tumpuan kepada penjagaan bayi dan ikatan kasih sayang bayi. Para tetamu telah dipamerkan dengan siri aktiviti permainan yang menyeronokkan dan berwawasan, termasuk ceramah interaktif oleh Perunding Pediatrik & Neonatologi KPJ DSH, Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar.

Semasa menyampaikan sesi ceramah mengenai 'Peranan Ibu Bapa dalam Meningkatkan Emosi Cemerlang Kanak-kanak', Dr Mohammad Iqbal menyatakan, 

“Bayi memerlukan sejumlah besar perhatian dan penjagaan yang penuh dengan kasih sayang, terutamanya pada tahun-tahun pertama. Persekitaran yang dipenuhi dengan emosi positif akan membantu bayi mempertingkatkan rasa selamat dan memberikan mereka suntikan emosi yang penting untuk pembelajaran dan perkembangan mereka. Anak-anak kita merupakan anugerah yang paling berharga buat diri kita. Marilah kita membesarkan anak-anak yang sering dihantui zaman silam mereka, dan memberi kekuatan kepada mereka untuk mempunyai semangat berdikari dengan rasa tanggungjawab yang mantap.”

Walaupun tugas sebagai ibu bapa kadang kala melalui saat-saat yang mencabar di samping tugasan lain yang lebih menekan, sebagai ibu bapa, adalah penting untuk meluangkan sedikit masa setiap hari untuk menyelami dan menghargai bayi mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh Encik Tan sewaktu pelancaran tersebut, “Belajar bagaimana untuk berseronok dengan bayi anda benar-benar boleh memperkayakan pengalaman anda sebagai ibu bapa. Anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk memeluk, memegang tangannya, bercakap atau bermain dengan bayi anda kerana ini akan melahirkan saat-saat yang paling penting - tidak kira betapa kecil pada pandangan anda. Setiap bayi berhak menikmati permulaan yang baik dalam kehidupan mereka dan kami berharap untuk terus menyokong Yayasan OrphanCARE dalam membantu menghulurkan bantuan dan meneruskan penjagaan kami kepada para bayi, terutama mereka yang kurang bernasib baik.” 

Sebagai sebahagian daripada pengalaman sesi minum petang, para tetamu dapat melawat gerai foto bertema untuk sesi bergambar bersama keluarga, serta Stesen Bayi Berpakaian dan juga beberapa koleksi terkini pakaian bayi Tollyjoy. Majlis diakhiri dengan pelancaran konfeti untuk merasmikan kerjasama dan sambutan Hari Bayi 2015.

CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng (left) & Chairman of OrphanCARE Foundation, YB Tan Sri Faizah Mohd Tahir (right) officiate the launch of their first Baby Day in Malaysia!
CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng (left) & Chairman of OrphanCARE Foundation, YB Tan Sri Faizah Mohd Tahir (right) officiate the launch of their first Baby Day in Malaysia!

All smiles at Tollyjoy's Baby Dress Up Station - CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng & Chairman of OrphanCARE Foundation, YB Tan Sri Faizah Mohd Tahir sharing in the celebration of babies with guests at the Baby Day launch
All smiles at Tollyjoy's Baby Dress Up Station - CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng & Chairman of OrphanCARE Foundation, YB Tan Sri Faizah Mohd Tahir sharing in the celebration of babies with guests at the Baby Day launch

CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng (far right) with the four lucky winners of the 'Spin the Wheel' Prize Draw
CEO of Tollyjoy Corporation, Mr. Tan Wee Keng (far right) with the four lucky winners of the 'Spin the Wheel' Prize Draw

Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg

Kami juga telah melancarkan laman Facebook 'Tollyjoy Malaysia' dan menjemput anda untuk menyertai kami! Sila klik pada pautan berikut dan 'Like' halaman kami untuk terus berhubung dengan kami: http://on.fb.me/ZflMUn 

Mengenai Tollyjoy 

Ditubuhkan di Singapura pada 1971, Tollyjoy Corporation adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan barangan penjagaan bayi dan ibu di bawah jenama ‘Tollyjoy’ dan ‘Little Precious’. Sejajar dengan moto Tollyjoy ‘Untuk bayi kesayangan anda’, Tollyjoy komited dalam menetapkan standad yang tinggi untuk produk mereka dalam industri dengan tahap keselamatan, ketahanan dan produk yang diyakini. Produk Tollyjoy boleh didapati di Aeon dan Aeon Big di seluruh Malaysia, lokasi The Store yang terpilih dan cawangan Pacific di bawah The Store Group, di pasaraya Billion dan beberapa kawasan pusat penjualan barangan bayi di seluruh Malaysia.


26 comments:

  1. selamat hari bayi buat baby amal...n baby KG juga

    ReplyDelete
  2. selamat hari baby utk amal & semua baby.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kerana kc pun baby hahahahaha #lawakhambar

      Delete
    2. kc pun baby??..kahkah #sangatlawakhambar

      Delete
    3. ooo...baby KC..ok berita d fahami...

      Delete
  3. *kenapa sebak pulak baca entry kali ni....*

    semoga Allah s.w.t. memyempatkan akak utk menjadi seorang Ibu nanti.. Aamiin...

    (-__-)"

    ReplyDelete
  4. lepas ni bolehla wish, selamat hari bayu kepada semua bayi bayi hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari bayi untuk bayi seluruh malaysia !

      Delete
    2. selamat hari bayi utk baby amal yang omel bambam ;)

      Delete
    3. selamat hari baby!! baru ku tahu ada hari baby..kihkih

      Delete
  5. EFG043.. Happy belated baby day.. :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari baby... moga yanie pun dmurahkan rezeki baby lak lepas ni..aamin

    ReplyDelete