Slot Akasia TV3 Dia Isteri Luar Biasa


Drama Adaptasi Novel Dia Isteri Luar Biasa


Hati Perempuan dah habis. Episod akhir tiada langsung pertengkaran antara Yuhanis dan Tengku Zaril. Mulai hari ini cerita baru iaitu DIA...Isteri Luar Biasa menggantikan Hati Perempuan. Kalau tengok iklan macam best jer..Macam sweet jer..Macam akan layan jugak cerita ni..Hehehe

Novel Dia Isteri Luar Biasa
Novel Dia Isteri Luar Biasa

Nak baca sinopsis cerita ni tak?


Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa


Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3
Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

Tak sabarnya nak tersengeh-sengeh depan tv..muahahaha

31 comments:

  1. igtkan poster tu baby amal hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain pun ingat baby amal juga... :)

      Delete
    2. he he he Amal dah jadi cover novel wahhh larisss hi hi hi

      Delete
  2. layan lagi lah mommy pasni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 dalam citer ni tak de babak isteri derhaka lah ye.... mommy irra tak suka nanti... :p

      Delete
    2. Layannnn ni Isteri Misali he he he jgn lupa tgk nnt tau

      Delete
    3. ye r..dlm bz2 mommy irra still ade mase tgk drama..terbaik r..

      Delete
  3. Assalam irra,
    dah bertahun tak layan drama tv he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. layeke.. tp bestt cite ni..rugi tak tgk

      Delete
  4. Cerita ni mmg sweet..sweet je dr raden tu

    ReplyDelete
  5. syukri yahya.....!! syukri yahya....!! :)

    ReplyDelete
  6. Baca Novel mmg best,... jd nak review versi drama pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama pon nmpk cam bes sbb ade syukri Yahaya x-)

      Delete
  7. aduhai. tak dpt tgk la ira...
    aida keje jauh. sampai umah kul 7 :(
    letih sudah...

    ReplyDelete
  8. dapat follow 15minit je tiap ari ;-(

    ReplyDelete