PERINTAH MEMILIH MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK (THOYYIB)


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Mommy nak berkongsi ilmu yang mommy perolehi daripada group whatsapp Herba dan Pemakanan. 

PERINTAH MEMILIH MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK ( THOYYIB )


Allah s.a.w. berfirman yg bermaksud:-

1. " Wahai sekalian manusia ! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (thoyyib) ........."
( Al-Baqarah: 168 )


2. " Wahai org yang beriman ! Makanlah dari benda2 / rezeki yang baik -baik (thoyyib) yang telah KAMI berikan kepada kamu..........."
( alBaqarah: 172 )

Imam Al-Qurtubi mentafsirkan ayat ini sebagai ' makanan yang bermanafaat dari segala sudut '

Mengapa ayat pertama dari surah al-Baqarah 168 ditujukan kpd semua manusia tetapi ayat 172 menegaskan kepada orang-orang yang beriman. Ini menunjukan bahawa hanya orang yang benar-benar beriman yang akan memilih selain dari makanan yang halal, mereka akan memilih makanan yang baik (thoyyib) dan menghindari makanan yang memudaratkan.


PENGHARAMAN BENDA / MAKANAN YANG MEMUDARATKAN


Ramai yang mengambil berat tentang hukum makanan yang jelas halal dan haramnya tetapi tidak ramai yg mengambil berat tentang hukum makanan yang memudaratkan.

Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:-

" ......Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik (thoyyib) dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (memudaratkan)............"
( al-A'raf: 157 )

RUJUKAN:-

1. Kitab tafsir Al-Quran
-  Ustaz Ahmad Sonhadji
2. Buku hindari kanser dgn antioksidan
- Dr.Norman M.Norawi
3. Kitab At-Tibbunabawi
- Ibnul Qayyim AlJauziah
4.Buku2 Perubatan / Nutrisi holistik
- Dr.Bahrin Samah (RH ) ( AHG ) Oregon U.S.A.  
Herbalist dan Pakar nutrition holistik diiktiraf dunia.

Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjauhi makanan yang memudaratkan kesihatan.

6 comments:

  1. Nice sharing... Yg halal boleh jadi haram jika memudharatkan..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... teringat plak kite teringin nak makan ulat sagu.. benda tu halal dan tak mudaratkan.. tapi ada yang kata haram... tak jadi ler nak makan ^^ :-)

    ReplyDelete
  3. okay terima kasih share kak irra :)

    eh, gambar dalam ni memang senget eh?

    ReplyDelete