Hari ni mommy nak share seperkara mengenai Telegram app. Menggunakan Telegram, kita boleh check status parcel poslaju dan kesahihan nombor GST dengan menghantar nombor parcel poslaju/GST kepada @MYBot.

Apa benda @MYBot tu?

Jika anda install Telegram app di android / iOS / PC atau guna web-version, search MYBot


Kalau yg ada group, boleh add MYBot ke dalam group. 

Antara kegunaan MYBot yang sangat berguna adalah trace poslaju menggunakan tracking number dan check nombor GST

Hanya dengan memasukkan command yang mudah: 

pi:poslaju ef728861667my

MYBot akan memberi respon yang terperinci tentang perjalanan parcel anda.

22 Apr 2015, 1:48 PM
Delivered NASIRAH
PPL KELANG
----------
22 Apr 2015, 9:39 AM
Delivery process
PPL KELANG
----------
22 Apr 2015, 5:58 AM
Arrive at delivery office
PPL KELANG
----------
21 Apr 2015, 10:25 AM
Transit to Delivery Office
PPL SHAH ALAM
----------
21 Apr 2015, 7:45 AM
Arrive at delivery office
PPL SHAH ALAM
----------
20 Apr 2015, 11:16 PM
Consignment dispatch out from Transit Office
PPL SHAH ALAM
----------
20 Apr 2015, 11:13 PM
Consignment arrived at Transit office
PPL SHAH ALAM
----------
20 Apr 2015, 10:07 PM
Dispatch out from origin station
PPL PUCHONG
----------
20 Apr 2015, 9:07 PM
Picked up from the sender
PPL PUCHONG

Untuk mengetahui kesahihan nombor GST pula:

pi:kastam 181747712


Mudahkan dengan hanya menggunakan Telegram app. Tak perlu nak buka web page bagai. 

Antara command lain yang boleh digunakan:

pi:$ (currency converter)

pi:gst (calculator harga sebelum/selepas dikenakan GST)

pi:meme

pi:quran


Saya dah cuba. Anda bila lagi?



Sekali buka goodies bag, macam-macam ada! Mula-mula mata nampak produk Cosmoderm. Produk yang mommy memang dok guna dah. So boleh letak dalam handbeg. 

Cosmoderm Pilihan Malaysia
Cosmoderm Pilihan Malaysia

Ada satu paperbag monstercrazycrunchy . Dua botol lagi. 

Yummy Crunchy 

Balik rumah baru buka. Perghh sedap yang amat! Sapa berminat boleh cari pengedar di sini --> http://crazycrunchy.com/pengedar/

Monsters Crazy Crunch 

Minyak urut Capsicum. Macam tau-tau ja mommy ni banyak lemak kan. Boleh la menguruskan badan dengan minyak Capsicum.

Capsicum Oil keluaran Sidratul Aduka Sdn Bhd

Ada mug Navy. Pasni mommy boleh mengumpul koleksi mug pula. :D


Bedak Permata Puteri. Boleh la tempek bedak sejuk sebelum tidur untuk kecantikan dan seri wajah.

Bedak Permata Puteri Keluaran Sidratul Aduka Sdn Bhd

Yang terakhir! Kopi ADUKA keluaran www.sidratuladuka.com

Kopi Aduka keluaran Sidratul Aduka Sdn Bhd
Kopi Aduka keluaran Sidratul Aduka Sdn Bhd

Bertuahnyaaa....join KBDO 2015, macam-macam dapat ya.. Terima kasih!

Mommy dapat cabutan bertuah first class masa KBBA Blogger's Day Out 2015. Bukan mommy seorang sahaja yang dapat. 5 blogger dapat cabutan bertuah first class ni. Blogger yaya pon dapat. Terus posing lepas habis program. 


Sempat jugak bergambar dengan Cikali. Hahaha sama-sama dapat cabutan bertuah. Seronok sangat!


Terima kasih Ben Ashaari dan Kelab Blogger Ben Ashaari yang menganjurkan KBDO 2015. Tak sabar nak tunggu KBDO 2016. Nak main paintball jugak! Muahahaaa padahal penakut sakit :P


Terima kasih Cosmoderm. Macam-macam produk yang mommy dapat dan sebuah mug yang sangat comel. 

Kalau anda berminat nak dapatkan produk dari Cosmoderm, boleh la dapatkan di lama rasmi Cosmoderm -->www.cosmoderm.com.my


Terima kasih juga buat @telekungnanees. Tak sabar nak redeem voucher telekung tu. 


KBBA Blogger's Day Out berlangsung seharian di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA (KKTTC). Bila sampai je ke kawasan KKTTC, baru lah mommy irra ingat kami pernah sampai ke taman permainan KKTTC sebelum ini. Taman permainan kat sini memang best lah. Tapi destinasi kami hari ini adalah ke Lobi KKTTC untuk pendaftaran. 


Selepas mendaftar terus bergegas ke permainan pertama iaitu Golf ala KBBA di driving range. Mommy dah terlepas acara senamrobik bersama blogger aten. 

Macam mana nak main golf ni? Peserta perlu pukul bola golf ke sasaran bendera putih yang terletak sejauh 300 meter. Kat sini meriah sebab ada yang pukul bergaya habis tapi pukul tak kena. Hahahaa.. Almaklum lah tak ada testing testing dulu. 

Tengok yaya dalam gambar di bawah. Wahhh macam pemain golf professional dah. Hehehe. Siapa yang kaki golf tu boleh la datang ke sini. 


Acara kedua adalah badminton berkumpulan. Hah? Macam mana la main badminton beramai-ramai tetapi raket hanya dua sahaja?


Permainan ini memupuk semangat berkumpulan. Bersatu merancang strategi untuk menang. 

Aktiviti untuk kanak-kanak tak ada ke? Di antara bangunan tu ada taman permainan. So boleh la anak-anak kecil bermain. Namun cuaca panas, sekejap sahaja Adam Rayyan dan Anis Insyirah main kemudian mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan.


Mereka boleh juga mandi di kolam renang. Ada yang mandi dari pagi sampai petang. Maaf lah anak-anak mommy ya, tak boleh mandi sebab tak ada orang nak kawal. 


Di sini terdapat gym. Siapa yang nak bina six pax boleh la ke gym. Jadi abang sadoo! :D


Seterusnya ke lapangan Go-Cart. Fuyoohh gigih mereka ni panas-panas mendengar taklimat mengenai go-cart.


Kemudian pakat test drive. KKTTC sangat sesuai untuk sekeluarga beriadah di hujung minggu.


Permainan last KBDO 2015 adalah paintball. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. DaddyG pon join main sekali. 


Dengar macam gerun. Kena bola sakit. Gerun tapi best! Rasa macam nak main jugak bila berpeluang nanti.


Program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara blogger KBBA. Selalu berhubung di alam maya ye. Ramai-ramai sangat tak dapat nak kenal sorang-sorang. 


Acara akhir sekali ada acara penutup. Penyampaian cenderahati kepada semua blogger yang terlibat dan penaja serta cabutan bertuah. Peserta cabutan bertuah yang paling akhir disebut adalah "mommy irra". Terkejut mommy! 


Eh mommy dah kurus laaa..lalalalaa okey program hari ni dah habis. Seperti biasa, sesi bergambar beramai-ramai.


Semua nak wefie :P


Semua berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Terima kasih kepada para penaja. 

Kelab Komuniti Cyberjaya www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy www.crazycrunchy.com/pengedar


Seronok tengok perkembangan anak-anak ni. Boleh hilang segala stress. Haha siapa tak ada stress angkat tangan. Cuma kita kena pandai handle stress ni. Macam mommy, gambar-gambar anak dapat beri ketenangan. Sejuk mata memandang. 

Adam Rayyan umur sebulan 4.2 kg. Berat semasa lahir 2.88kg. Berat bertambah sebanyak 1.32kg. Bambam.


Anis Insyirah umur sebulan 4.8 kg. Beratnya semasa lahir 3.67kg. Berat bertambah sebanyak 1.13kg.


Amal Insyirah umur sebulan 4.0 kg. Beratnya semasa lahir 3.31kg. Berat bertambah sebanyak 0.69kg.


Daddy kata Amal tak berisi macam abang dan kakak. Mommy rasa Amal minum susu banyak. Takpe lah. Janji anak mommy sihat. Nanti mommy pam pam lagi bagi amal bam bam bam :D


Hari ni hari amal ke 33. Mommy Adam Anis dan Amal nak balik rumah kami. Terima kasih tok jaga amal 33 hari. Eh tolak 4 hari kat hospital. Hehehe


Tenangnya melihat anak-anak tidur lena. 


Macam mana mommy duduk tiga beranak dalam kereta? Hahaha ada la kan.. Pandai-pandai la nak hidup asal tak sakit badan dalam perjalanan Kedah ke Selangor lebih kurang 5 jam.


Boring-boring pulak mommy ambil gambar anak-anak. Tukar baju Amal dan pakaikan headband yang besar tu. Hehehe besar pon comel..


Nangis pon comel..


Baik la abang dan kakak. Jadi co-pilot daddy. 


Kami sampai rumah. Malam tu makan bekalan yang emak berikan. Ada sup daging dan ikan masak lada. 


Alhamdulillah, malam pertama kami sekeluarga tanpa tok yang OK.


Gambar kat atas ni gambar Anis Insyirah hari ke 33. Masih di rumah tok. Kali ni je mommy balik awal. 

Sekian cerita Amal hari ke 33.


Happy 1st Monthsary Amal Insyirah

Hari ni 18/4 baby Amal cukup usia sebulan. Berat Amal sebulan 4kg. Naik 700g. Hadiah sebulan ni, Amal dapat jumpa TokMa dan TokBah Kelantan. 

Amal Insyirah merupakan cucu tok Kelantan yang ketiga dan cucu perempuan yang kedua. TokMa dan TokBah bergerak dari kelantan pukul 7 pagi dan sampai Baling pukul 12 tengahari. 

 Anis Insyirah peluk TokMa sampai tidur. 

Cucu pertama adalah Adam Rayyan dan cucu kedua adalah Anis Insyirah. Anis Insyirah peluk TokMa sampai tidur. 

Adam pon moody. Mommy kata Daddy nak balik, tapi daddy xde pon. itu yang dia sedih kot

TokMa dan TokBah datang tengok Amal, Amal tidur lena. Kacau pon tak jaga. 

bangun Amal! bangun bangun!

Terima kasih TokMa Tokbah bagi hadiah kat Amal Insyirah.

bergambar kenangan bersama cucu-cucu

Akhirnya buka juga mata Amal ni.

yeay, jaga jugak akhirnya baby amal ni

Ramai kata muka Amal macam muka TokMa. 

baby amal bersama tokma dan tokbah

Soalan last sebelum TokMa dan TokBah balik, bila lagi nak jumpa? Ehee kena tanya daddyG lah jawapannya. InsyaAllah ada rezeki kami balik Kelantan. 


Assalamualaikum semua. Lamanya mommy nak umumkan berat baby Amal. Almaklumlah mommy berpantang di kampung. Kemudian, talian internet Celcom buat hal. Terkemut-kemut lah mommy nak online. Dugaan hebat juga semasa pantang kali ini. Anak-anak semua sakit. Takpe, ujian Allah beri tanda Allah sayang. Semoga anak-anak mommy diberikan kesihatan yang baik, aaminnn.

Okey, berat baby Amal adalah 3.31kg. Nampak gayanya tiada siapa pon meneka dengan tepat. 

Jadi hadiah RM100 akan diberikan kepada 2 nombor yang paling hampir. 

Berat yang paling hampir adalah 3.29 kg. Beza sebanyak 0.02 kg. Hadiah saguhati RM50 buat Yumida kerana meneka paling tepat.

Baki RM50 akan dikongsi bersama PCL dan Kak Lya yang beza berat hanya 0.03kg. 

Mommy irra akan hubungi Yumida, PCL dan kak Lya. Tahniah!

baby Amal Insyirah day 31
baby Amal Insyirah day 31

Ini senarai yang meneka:

http://wayneharraz.blogspot.com/2015/03/peraduan-teka-berat-amal-insyirah-oleh.html 3.25
http://www.nazlee.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.28
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.95
http://miminadam.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.99
http://adna2029.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.45
http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.65
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.25
http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.75
http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.97
http://anajingga.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.32
http://www.shamieraosment.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html
http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.48
http://umikasum.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.29
http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.72
http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.15
http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.25
http://officalmissyana.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.65
http://jarikontot.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 4.00
http://jmr23.com/2015/03/30/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah/ 3.40
http://izzeyda.blogspot.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.17
http://khaty69.blogspot.com/2015/03/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.99
http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.28
http://www.ceritashark.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.15
http://dramaticuniq.blogspot.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 2.89
http://awansayatasana.blogspot.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.02
http://www.arzmoha.com/2015/04/contest-teka-berat-baby-amal-insyirah.html 3.65

Terima kasih kepada semua blogger yang menyertai contest ni. Lepas ni ada GA pula. :)


Menghitung hari. Tinggal beberapa hari sahaja lagi KBBA Blogger's Day Out akan berlangsung. Ini merupakan aktiviti terbesar yang diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA  dan CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

KBBA Blogger's Day Out 2015
KBBA Blogger's Day Out 2015

Mommy nak terangkan serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA (KKTTC) ni. Mommy sendiri baru tahu kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan. Kelab Komuniti Taman Cyberjaya (KKTTC) terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia, ia telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range, gelanggang tennis, paintball, sirkit go kart, kolam mandi, gelanggang futsal, gymansium, studio menari, gelanggang badminton, squash, dan basketball. Di sini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan majlis perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian kerana keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Catering juga boleh terus ditempah di sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC, @kelabkomuniticyberjaya

AKTIVITI KBBA BLOGGER’S DAY OUT  (KBDO)


Terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang yang akan disertai oleh 100 blogger. Antaranya adalah golf, badminton dan paintball. Jangan risau, mommy tak main la, mommy hantar wakil sahaja. 

Ramai blogger bertanya bagaimana nak sertai KBDO ni. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar #kelabbloggerbenashaari dan tidak dibuka untuk orang ramai lagi. Akan tetapi sesiapa yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan KBDO di samping dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.

PENAJA RASMI KBDO 2015


Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini.


Selalu kalau baby mula meragam, orang kata "Nak berubah bulan tu."

Si Amal yang nak masuk sebulan ni pon dah mula berjaga lama dan berlagu bila nak tidur.


Hasil suka tidur, Amal sangat tembam dalam kamera. Hakikat di luar, biasa sahaja. Oi geram tengok pipi Amal ni.


Bila baby lapar, susukan.
Bila baby poopoo, cepat-cepat tukar pampers.
Bila baby tak sihat, dia akan meragam.
Jangan biar baby dekati orang sakit.
Sebab bila dah sakit, susahnya nak baik.
Semoga Amal cepat sembuh!


Baby Amal pakai headband besar dari tuan. Dah rupa macam telinga rabbit dah headband tu. Hehehe


Dulu masa kakak Anis, mommy tak pakaikan apa2 headband sebab daddyG tak suka. Tapi kali ni, mommy beli jugak headband diam-diam. 


Kenapa eh mommy tengok baby lain pakai tak nampak besar macam ni pon? Salah pakai ke? 


Bila adik pakai headband, kakak pon sama naik la nak pakai jugak. Itu tok pakaikan. Hahaha


Ingat lagi entry pasal Mi Band Fitness Tracking

Dengan hanya charge selama 2 jam 30 minit, mi band boleh bertahan selama 57 hari.


Tahan lama tuuuu. Lepas ni nak beli xiaomi smart weight scale pula.