Kucing berak di halaman rumah


Kes kucing berak di halaman rumah belum berakhir. Dah cuba macam-macam kaedah pon tak menjadi. Nak jugak dia berak kat halaman rumah mommy yang cantik tu. 

Jangan bagi cadangan simen halaman rumah. Itu hanya rumah sewa. Mana boleh suka hati nak simen. 

Sulfur / belerang
Sulfur / belerang

Tadi ni mommy g beli sulfur. RM10. Harapan menggunung sulfur ini berjaya menghalang kucing berak di halaman rumah mommy.


Ada gak cerita di sebalik sulfur ni. Hahaha jangan nak gelakkan mommy irra k. Mommy taktau pon sulfur ni belerang. Heheheheee

Kita try je lah ye.. Dah la keje basuh berak anak.. Kucing tu pon nak suruh kita buang berak dia jugak.. Mana larat mommy nak buat kerja banyak-banyak ni.

13 comments:

  1. Kucing tu ingat tu rumah dia agaknya :D

    ReplyDelete
  2. sulfur bagus nk halang ular dan haiwan berbisa lain..masuk rumah.

    ReplyDelete
  3. pernah kak ana dengar petua orang buh minyak tanah, tapi rasanya lepas kering nanti datang balik kucing tu kan, semoga berjayalah petua irra kali ini hendaknya :)

    ReplyDelete
  4. tapi belerang ni boleh buat bulu kucing luruh....kesian pula pada kucing tu...

    ReplyDelete
  5. kak irra, cuba kak irra jentik telinga dia . lepas tu kak irra belikan pasir kucing.

    ReplyDelete
  6. Area rumah nani ni dah lama tak dek kucing

    ReplyDelete
  7. kucing aina dulu, ajar buang dlm tandas sbb kucing kesygn tu dikurung dlm rumah. mula2 dtg rumah aina tu memang asyik buang merata je. jadi cara dia abah aina ambil najis tu n letak dalm bilik air. takpun kurung dia 2-3 hari dlm tandas. mkn minum tu kena bagi lah. haha

    ReplyDelete
  8. kalau kucing sendiri boleh la nak beli pasir,nak cedok buang hari2..kalau kuicng orang geram jugak la..hahhaahah..geram kat tuan nya..bukan kat kucing..ekeke

    ReplyDelete
  9. setahu cn belerang elok tuk halau haiwan berbisa ;)

    ReplyDelete
  10. wah. mau beli jugak la...
    kucing sini pun suka-suka berak merata :)
    anak-anak main basikal, terpijak la terlanggar la...

    ReplyDelete