Supplemen dan toksik dalam badan


Susulan entry semalam : Perut adalah rumah kepada penyakit.

Ada 2 pilihan gaya pemakanan yang mommy berikan semalam.  

1. Amalkan rawatan pemakanan holistik untuk kesihatan berpanjangan

Rawatan pemakanan holistik adalah makanan makanan yang halalan toyyiban, bersih dari segala unsur luar(chemical) dan amalan pemakanan sunnah.

2. Makan je apa sahaja, topup zat dengan supplemen. Badan berlawan nak proses supplemen dan makanan yang macam-macam toksiknya. 

Makan apa sahaja makanan bermaksud makan tanpa mengenal kualiti makanan tersebut. 


Contoh: GULA PUTIH. Hakikat sebenar kita makan racun. Kerana gula putih tiada khasiat. Malah gula putih adalah makanan bakteria jahat dalam badan kita. Makin galak lah bakteria jahat beroperasi dalam tubuh badan kita menyebabkan kita cepat penat, cepat mengantuk, dan tidak fokus bekerja.

Kita kena kenali setiap jenis makanan yang kita pegang dan masukkan ke dalam mulut. Kasihan organ-organ kita bekerja kuat seharian. 

90% makanan proses kat dunia ini mempunyai HVO(hydrogened vegetable oil) supaya makanan tersebut tahan lama. Maka cuba anda bayangkan, berapa banyak toksik yang terdapat dalam badan anda? Belum masuk segala chemical dari makanan lain. 

Konon-konon kita nak rawat badan dengan mengambil supplemen. Tapi badan kita hari-hari kita sumbat toksik dan supplemen. Bagus kah?? 

Sebab tu bila kita mengambil supplemen perlu setengah jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Tapi cuba buat perbandingan.

Berbanding; kita buat PERKARA 1.. Hanya makan makanan yang sihat. Organ-organ badan pon akan berfungsi dengan tenang. Badan akan merasa kuat dan lebih bertenaga. 

ATAU

Makan apa sahaja dan supplemen. Supplemen bukannya murah sekarang ni. Dah jadi membazir usaha keras organ badan terutama buah pinggang untuk beroperasi dan membazir wang anda membeli supplemen.

Apa pon, pilihan di tangan masing-masing. Yang akan menanggung pon bukan orang lain. Maka buat lah pilihan yang tepat.


Tadi mommy bagi contoh gula putih. Habis tu takkan nak minum air kosong je? Boring la. Tak nikmat la dunia tak dapat minum minuman manis.

Perkara mudah jangan di susahkan. Hanya tukarkan gula putih kepada gula organik. Anda masih boleh merasa nikmat MANIS itu. 




9 comments:

  1. salams, nice sharing good info :)

    ReplyDelete
  2. pcl x ambik gula dah sejak DA ni..tapi mkn suplimen utk kekal sihat...tapi lagi gerun jgk apa yg dibaca dlm entri ben ttg supplimen

    ReplyDelete
  3. Bila tgok past entry kak irra. Rupanya bnyak bnde min x tau pasal makannn berhasiat ni

    ReplyDelete
  4. Bila tgok past entry kak irra. Rupanya bnyak bnde min x tau pasal makannn berhasiat ni

    ReplyDelete
  5. first time tau pasal gula organik

    ReplyDelete
  6. Sangat setuju... ambil supplemen tapi tak jaga makan, wat rugi ja makan suplemen...

    ReplyDelete