Motivasi pagi - Fikirkan boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usaha mu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran 
Berfikir boleh melakukan 
Fikirkan boleh!!


Dua minggu lepas lagi kot, daddyG bawa balik buku Motivasi Memburu Kejayaan Datuk Maznah Hamid. Baru hari ni nak belek-belek baca.


Kejayaan pertama yang mommy nak buru adalah menjadi isteri dan mommy yang berjaya. Mommy ada degree tapi korbankan semua itu sebab daddyG. 

Takkan ada degree tak boleh jadi penjaga anak-anak sendiri pulak? Kalau mommy kerja jadi programmer je. Melayan coding and database here and there je la. But now im a teacher, im a doctor, im a lawyer, im everything to them(my lovely son and daughter). Ececeehhh speaking pulak. 

Berimpian nak menjadi blogger yang berjaya. Mommy dah berblogging selama 9 bulan 9 hari. Eh kalau baby, esok cukup dah EDD. Hahaha. So far okey la. Lebih-lagi selepas mommy diterima menjadi salah seorang ahli Kelab  Blogger Ben Ashaari. Bukan mudah nak diserap masuk dan im doing my best. Rajin-rajin update blog dan segala media sosial. Penting semua tu kepada seorang blogger.

Dua tu je la dulu impian mommy. Semoga berjaya! Fikirkan boleh! Mommy irra boleh!

4 comments: