Kunci dalam bakul sampah


Semalam ni daddyG balik rumah, menggagau cari kunci rumah tak jumpa. 

DaddyG kata pagar berkunci. Sedangkan mommy tak buka langsung pagar. Misteri nusantara apakah?

Cari-cari sampai kepenatan, tak jumpa kunci. Mommy pon pergi ke pagar. Sekali tak berkunci pon pagar tu. Huhhh!!!

Pagar tak kunci, dapat la daddyG masuk rumah. Badan dah sakit. Tak payah menambah sakit nak mencari kunci.

Kalau cari pon takkan jumpa bila keadaan kelam kabut. Ada la tu nanti-nanti.

Tadi lebih kurang 5:45, mommy tergerak hati nak angkat plastik sampah kat ruang tamu. Angkat dan letak semula. Bunyi kunci. 


Kat sini rupanya kunci. Kerja siapakah? Antara anak bertuah dua orang tu je. Sabar jela. 


Tak tahu bila daddyG nak beli tempat sangkut kunci. Kunci letak rendah-rendah. Bila anak main, yang jadi mangsa, mommynya. Kesian mommy.

Malam ni mommy tuntut urut badan mommy yang masih sakit-sakit sebab menggagau sana sini cari kunci malam tadi. Uhuhuhuu

17 comments:

  1. Adoila anak2...sel2 otak sdg berhubung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi,,,nk sorok kot...sbb xleh keluar rumah

      Delete
  2. kesiannya akak. sabar je lahh :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Itu la dik...mcm2 ragam anak..sabar jelaaa

      Delete
  4. pasni kalau hilang lagi nyanyi dgn daddyG, kunci kat mana, kunci kunci kat mana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunci kat mana? Kunci kat mana? Hehehe

      Delete
    2. hahah.. tu pon bole kak ana..hahah

      Delete
  5. Diorg nk test ke-alert-an mommy n daddy tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yg selalu jadi mangsa mommy dia je

      Delete
    2. wahah... bahasa baru ke bro ezwan..hikhik

      Delete
  6. projek kanak2 la ni..main kunci..!! hehe
    naseb baik jumpa kak oihh..kalau tak.....idok ke haruuuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangih ler klu xjumpa dik oiii..hihihi

      Delete
  7. bahahaha adus anak-anak.. kunci penting oooit hahaha..

    ReplyDelete