"Daddy, gula dah habis"


Gula Tebu Organik

Apa itu gula tebu organik?


Gula tebu organik dibuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. 

Kandungan pekat dari perahan jus tebu / nira (molasses) tidak dibuang dan mengekalkan warna gula; perang.


Apa masalah dengan gula putih?


Gula putih pula diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros iaitu kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protien, serat yang ada dalam air tebu. 

Sukros tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia dan tidak sesuai untuk dimakan. 

Gula Tebu Organik

Stok gula organik dah habis.


Apabila stok gula dah habis, mommy pon bagitahu daddyG.

"Daddy, gula dah habis."


DaddyG beli gula tebu organik di SpeedMart. RM3.50/400g


Apa motif mommy Irra sebenarnya ni?


Haaa motif nak ajak semua pembaca hentikan penggunaan gula putih dalam makanan/minuman seharian. 


Kenapa?


Kerana gula putih sangat merbahaya kepada manusia dan tidak sesuai untuk dimakan. 


Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom tukar!

11 comments:

  1. aikk dlm paket pon ade... ingt dalam balang je..huhu

    ReplyDelete
  2. Hehehe jom tukar utk kesihatan yg lbh baik

    ReplyDelete
  3. Gula. Sinonim dgn kencing manis. Kena berubah skrg. Sbb 10% wasiat turun temurun 😂

    ReplyDelete
  4. Baru tahu ada gula organik. Nak kena cari lepas nie. Tapi susah nak jumpa barang organik kat supermarket kan.

    ReplyDelete