Barang elok, mahal harganya


Barang apa sahaja sekali pon kalau elok dan berkualiti pasni mahal harganya. 

Cuma jangan tertipu dengan peniaga yang hanya tahu mengaut keuntungan semata. Barang tak berkelualiti pon dijual mahal.

Mommy nak membebel pasal harga Susu Kambing Nubian. Sekarang harga di hyper market RM5.45 berbanding harga mula-mula mommy kenali Susu Kambing Segar Nubian adalah RM4.95. 


Nak minum hari-hari selama sebulan dah jadi RM5.45 x 30 hari = RM163.50/sebulan.


Kesian kat daddyG. So jarang-jarang jela minum Susu Kambing Segar ye.

Seminggu sekali daddyG belikan air kelapa 4 biji. RM3.50x4= RM14 seminggu. RM56 sebulan.

Lagipun kami satu keluarga dah mengamalkan beras rebus yang 11x lebih kuat penyerapan mineral daripada beras perang. Beras rebus Bombei RM21.90/5kg di Tesco.

Mommy masak atau bancuh minuman menggunakan gula organik. Kami mengurangkan pengambilan gula setiap hari. Berjimat dan sihat. RM3.50/400g di Speed Mart.

Mommy masak menggunakan garam bukit Himalaya kaler pink yang mempunyai 84 mineral zat yang diperlukan dalam badan. Harga sepaket lebih kurang 3 ringgit lebih.

Kami satu keluarga amalkan ayam kampung organik yang tidak dicucuk vaksin dan antibiotik serta diberi makan makanan organik sahaja. RM21.90 seekor

Kami satu keluarga makan telur ayam kampung. RM6.90 di kedai runcit. Semua SpeedMart dah tak ada telur ayam kampung.

Kami satu keluarga dah tinggalkan ayam biasa/ayam daging, daging, telur ayam biasa, gula putih, garam putih selama setahun lebih. 

Dah tahu tak elok dan memudaratkan kesihatan, tak kan masih nak guna. 

Dah makanan sihat tu mahal, apa boleh buat. Biar mahal tapi badan sihat. Kalau sakit, lagi banyak wang akan habis. Dah la tak tahu bila penghujung sakit itu.

Sapa nak ikut cara mommy jom! Mencegah lebih baik daripada mengubati.

p/s: harga dinyatakan adalah harga semasa entry ini ditulis :D

17 comments:

  1. Bgus tu... Tapi mencabar nk dptkm semua yg disenaraikan tu... Nk kena cari kt kedai2 tertntu je...

    ReplyDelete
  2. Sue juga dah bertukar mcm irra. Mahal demi sebuah kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sebab sekali dh merasa anak ekzema dik dayah. Pastu xmo lagi dh

      Delete
  4. tekak nani tak boleh terima susu kambing. susu punn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu kan nani, benda yg kita xminum, tapi lepas kawen jadi boleh..fikirkan kesihatan baby punya pasal..

      Delete
  5. memang mahal barang yang elok.. nak cari pun susah, bukan semua tempat jual semua barang2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...puas mencari jugak dulu ni...skrg dh tau kat mana...

      Delete
  6. Ahaksss dh mcm menteri kewangan :-) tp sis JMsokong tindakan irra nih sbb makanan adalah punca penyakit. Di rumah minum air tapis x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tapis belum lagi...herbalist suh beli cosway yg rm400-500 tu je..tapi dia kata badan kita mmg ada natural klorin pon..so xd masalah sgt

      Delete
  7. sepatutnya jika ayam biasa boleh memudaratkan kenapa kerajaan terus menerus membenarkan dijual? hairan. sepatutnya jaga semua sumber makanan dalamnegara

    ReplyDelete
  8. btol tu.. barang kalau elok tentu mahal

    ReplyDelete