Sayu tengok khemah sementara mangsa banjir Kuala Krai


Dalam perjalanan balik kampung, kami melalui Daerah Kuala Krai, salah satu kawasan banjir yang teruk hujung tahun lepas.

Sayu hati melihat rumah-rumah yang rosak. Bertambah sayu melihat penempatan sementara mangsa banjir hanya dalam sebuah khemah kecil.

Sebulan dah berlalu, mereka masih menginap dalam khemah. Nak baiki semula rumah yang rosak bukan lah mudah. 

Mommy tak sempat nak ambil gambar. Terkedu tengok dengan mata sendiri kemusnahan yang berlaku.

Bila nak ambil gambar, dapat gambar pokok je. 


Tengok lah tinggi mana air naik. Rumah-rumah tepi jalan besar pon tenggelam. Sahih la jalan yang mommy tengah lalu ni pon banjir.


Semoga mereka yang terlibat dengan banjir tsunami ini tabah. Semoga dipermudahkan urusan mereka. Cepat-cepat dapat baiki rumah mereka semula. 

7 comments:

  1. mommy irra balik kampung area mane?

    ReplyDelete
  2. Smg mangsa banjir tabah..mmg kesian sgt pd mereka. Kena mula hidup baru start dari 0.

    ReplyDelete
  3. memang sedih tengok. moga mereka tabah :)

    ReplyDelete
  4. seram tengok. semoga mereka bertabah.

    ReplyDelete