Mula beli barang keperluan baby


My Baby's Simple Diaper Bag Checklist

Ini merupakan senarai barang baby yang nak di bawa ke hospital apabila turun tanda bersalin seperti:
  • ketuban pecah
  • turun darah
  • baby kurang gerak
  • dah sampai due date


Mommy dah mula membeli barang baby. Baru je mula. Tak banyak pon beli. Baby pon dah 28 minggu 5 hari. Tinggal lagi 80 hari sahaja lagi.
1. Alas untuk menyalin lampin 
Nak beli semalam ni. Tapi tak ambil. :D

2. 10 helai pampers
Nanti beli masa pampers ada sale.

3. Baby wipe (tisu basah) ☑️
Biasa mommy beli brand Pureen packing kaler oren ni.


4. Krim diaper
Mommy guna Gel Bidara en Nizam. Nanti order.

5. 4 atau 5 set baju seluar bersih
Ermm semalam tengok brand mahal-mahal je ada. Hahaha. Kita beli next time dekat The Store Plaza Alam Sentral. Banyak pilihan.

6. 3 helai kain muntah ☑️
Mudah mommy guna napkin aje. Dah beli 10 helai. Siap basuh dah. Maybe beli tambah lagi 10 helai. 


7. 1 Baju sejuk dan 2 topi
Ermm baju sejuk ni rasa macam tak ada keperluan. Kita bedung aje dengan napkin nanti. Topi nanti g cari.

8. 1 Selimut yang ringan ☑️
Selimut dah beli.


9. 1 Tuala mandi bayi
Ermm tuala tak beli lagi.

10.  3 stoking & sarung tangan ☑️
Cukup 3 pasang. Hehehe. Nanti nak beli lagi tambah.


11. Minyak telon, mandian & minyak baby
Minyak telon Bebiku kebiasaannya mommy guna. So kali ni tak sure lagi. En Nizam ada suggest minyak bidara.

Mandian mommy guna Milk Wash Moogoo. Sebab organik. Tapi dah biasa baby 20 hari tak guna apa-apa sabun pon. Mak mandikan dengan air daun herba sama macam mandikan mommy.

Maybe kali ni boleh mandikan baby dengan air daun sireh sepanjang dalam pantang. 

Losyen atau bedak mommy tak pernah guna. Kali ni mommy guna bedak batu nasila. 

12. Barut bayi (3 helai) ☑️
Tak payah beli kot. Banyak dah barut baby yang abang Adam Rayyan punya.


Weekend ni kami nak g jalan-jalan. So barang baby kita beli minggu satu lagi. Nak g jalan mana mommy? Ada laaa

Mommy, baby girl ke baby boy? Hahaha tak nak jawab.. Kalau tengok color yang mommy pilih, boleh jadi girl, boleh jadi boy. Hikhik! 

9 comments:

  1. banyak dah barang barang beli tuu :D

    ReplyDelete
  2. kain muntah tu apa dia??

    lampin ke?

    ReplyDelete
  3. bestnyaa dah beliii^^ xsabar i dub dib dab..

    ReplyDelete
  4. jap Irra..dah tau ke boy or girl anakmenakan pcl tuuu..??

    ReplyDelete
  5. Shopping brg baby bole jd giler, nak2 beli time sale especially tang baju..

    ReplyDelete
  6. Bli lg bli lg hehehe seronok kan bla b bli brg bsby ..teruja sangatt..semua berkenan hahaha

    ReplyDelete