Mommy berkebun tanam sayuran


Semalam mommy singgah DIY beli barang untuk berkebun ni. Kenapa tak tanam atas tanah je? Haa masalah banyak kalau tanam atas tanah ni.


Pertama: tak tahu tahap kesuburan tanah tersebut. Mommy tengok aloe vera yang ditanam atas tanah hidup tak subur seperti lalang dan parasit yang terlebih subur. Maknyanya aloe vera kalah bertarung dengan parasit? So mommy beli pasu untuk menanam sayuran. Permulaan 6 pasu sahaja. Hehehe


Kedua: nak kena beli baja. Ini kali pertama nak menanam sayuran. So kalau tak menjadi mesti kecewa kan. So mommy nak elak perkara-perkara yang akan menyebabkan tanaman tidak menjadi. Mana tau mommy terlebih letak baja ke. Terkurang ke. Dah la bukan pakar. 

Ketiga: diserang serangga. Semut boleh hidup bawah tanah. Patut la aloe vera tak berapa nak subur sebabnya semut menumpang sekali. Kalau dalam pasu semut tak ada ke? Mommy letak serbuk untuk menghalang serangga mendekati pasu dan tanaman mommy. 


Keempat: atas tanah tu dapat matahari direct. Mommy rasa cuaca yang terlampau panas boleh mengganggu tumbesaran pokok sayuran mommy. So mommy letak pasu di tempat yang teduh tetapi masih mendapat cahaya matahari.


Mommy nak tanam sayur apa?


Ini antara biji benih sayuran yang mommy beli. Menjadi atau tidak kena tunggu dan lihat. Uncle kedai DIY kata sebulan dah boleh dapat hasil. Wahhh so kita nantikan 5/2/2015.

8 comments: