Kelambu Moden



Mommy nak cerita sejarah macam mana mommy boleh guna Kelambu Moden ni. 

Mommy ni seorang yang anti nyamuk. Menurun la perangai abah mommy. Abah tak boleh tidur kalau di ganggu nyamuk. Begitu juga abang yang sulung. Kalau nampak je kelibat nyamuk, abang akan cari sampai jumpa.

Begitu juga la dengan mommy. Tak boleh tidur kalau ada nyamuk. Dan memang akan cari nyamuk tu sampai dapat atau sampai tak dapat di kesan. Hebat nyamuk tu lari sebab takutkan mommy. Haha.

Sebelum ada anak, mommy tak tahu lagi pasal kelambu moden ni. Cara nak atasi nyamuk pada masa itu adalah dengan menyembur ubat nyamuk.

Bila Adam Rayyan lahir, mommy berpantang di kampung. Dekat kampung nyamuk lagi la banyak. Lebih-lebih lagi waktu selepas subuh dan magrib. Terpaksa la guna kelambu tradisional. 

Mengamuk mommy kepanasan tak dapat bernafas dalam kelambu. Hehehe melampau kan sampai tak dapat bernafas. Padahal kecil-kecil guna kelambu tu la jugak. Mungkin disebabkan dah biasa tidur di asrama selepas SPM tidak menggunakan kelambu. Jadi bila tidur dalam kelambu tradisional ni, memang lemas dan rimas. 

Tapi terpaksa la juga. Taknak anak kena gigit dengan nyamuk. Demi anak, semua ibu akan sanggup buat apa saja. Kalau tak sanggup tu mesti ibu tu ada masalah lain.

So, bila habis pantang, balik ke Shah Alam. Mommy daddy mencari solution untuk atasi masalah nyamuk ni. Google punya google jumpa lah Kelambu Moden ni. Masa tu sekali postage RM60. 

Kelambu Moden ni sangat membantu.

Pertama: kalau kelambu tradisional mommy rimas dan lemas, kelambu moden ni pengudaraannya sangat bagus. Ini yang penting sebenarnya, keselesaan. Kelambu sudah pasti tujuannya nak jauhi nyamuk. 

Kedua: bila anak tidur, mommy boleh tinggalkan anak tanpa risau dalam kelambu. Nyamuk pon tak kacau. Bila anak dah boleh bergerak, mommy tak risau dia nak tarik apa-apa wayar sebab dia hanya bermain dalam kawasan kelambu sahaja.

Ketiga: kelambu penyelamat anak yang tidur buas. Hahahaha biasa jela kan baby kalau dah boleh bergerak, mesti mereka akan tidur 360 darjah. Bila anak jatuh pon, anak masih tersangkut dalam kelambu. Hahahaha tak risau anak terhantuk kepala ke lantai lagi dah.

Keempat: senang nak di bawa ke mana-mana. Mommy daddy takkan lupa bawa kelambu moden ni apabila pulang ke kampung. Lipat-lipat sahaja dan bawa masuk kereta. Kelambu moden ni macam khemah. So tak perlu nak cari paku untuk pasang kelambu.

Bila mommy perkenalkan kelambu moden ni kepada keluarga, mereka pon berminat. Selalu kelambu moden ni berguna kepada ibu bapa yang ada anak kecil. Atau orang tua yang kulitnya sensetif apabila digigit nyamuk.

Sebab ramai yang berminat, maka mommy pon mula la menjual Kelambu Moden ni. Begitu lah sejarah pasal kelambu moden ni.  


So kepada yang berminat untuk memiliki Kelambu Moden boleh hubungi mommy Irra melalui whatsapp 013 356 0192 atau email ke beli@irrayyan.com

10 comments:

  1. Da beli...tpi tak guna pun.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya.. ni kalau kena angin kipas mesti kelambu tak terbang2 sangat kan?

    P/s: Masa baca entri mommy ni pun tengah garu2 tangan sebab kena gigit nyamuk, silap2 beli kelambu utk diri sendiri jgk nanti :-d

    ReplyDelete
  3. bagus ada kelambu ni sbb memudahkan org utk pakai

    ReplyDelete
  4. rumah nani guna ubat nyamuk letrik tu. tapi kalau tak dak letrik memang penat lahh banyak nyamuk. boleh ni beli :D

    ReplyDelete
  5. Memang bagus dengan adanya kelambu modem..comel pula tu :)

    ReplyDelete
  6. nad gunakipas je nak halau nyamuk..hehe

    ReplyDelete
  7. Terbaik betul innovation zaman skrg kannnn (h)

    ReplyDelete
  8. masa kecik2 dulu guna kelambu tp dah besar sampai ada anak tak pernah guna kelambu..kalau bagi anak2 guna kelambu confirm punah...

    ReplyDelete
  9. bagus nie.. kalau dah perlukan, anis nak beli jugak nanti :)

    ReplyDelete