Kegel Exercises atasi kencing tak lawas


Semalam mommy bagitau adik ipar, pasal kerap kencing tu. Hari tu dah mengadu. Tapi biasa lagi. Kerap kencing bagi wanita hamil adalah normal. Baby dok tekan punci kencing mommy.

Tapi kali ini dah pelik sangat. Sampaikan kalau bangun je, 3-4 kali kena masuk toilet. Padahal keluar setitik dua je. Kemudian bila baring pon tak tahan nak buang air jugak walaupon baru je keluar toilet. Ini sudah pelik!

Adik ipar kata maybe sebab air kencing kotor. Dia suruh buat kegel excercises.

Apa itu Kegel Excercises? Ni mommy ambil dari youtube. Jom kita belajar! 







Tarik nafas selama yang boleh sambil kemut.


Seperti tahan kencing.









Oooo mudah je senaman kegel ni. Dulu makcik kat kampung pernah ajar untuk kuatkan dinding dan otot pelviks. 


Berjalan banyak dan duduk yang lama boleh menyebabkan dinding pelviks kepenatan dan kawalan kencing menjadi lemah(kencing tak lawas).

Grrr bukan jalan banyak boleh bagi senang beranak ke? Hikhik!

Semalam mommy bising stress sebab kerap kencing. Bukan sekadar kerap, malah kencing tak lawas yang terlalu kerap itu adalah disebabkan oleh dinding otot yang lemah.

Selain daripada minum air masak yang banyak, boleh la mommy buat Kegel Excercises ni.

3 comments:

  1. Betul tu Irra senaman ni memang sangat membantu
    Kak Sofu pun sejak beraerobik baru la buat senaman ni..:)

    ReplyDelete