Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza


Mommy terlayan jugak la Gegar Vaganza sebab Anis Insyirah baru bangun pukul 10:30 tadi. Pastu tak tahu la bila dia nak tidur.

Sambil-sambil main handphone, mommy layan kumpulan Kristal nyanyi. Eh kenapa la nyanyi lagu omputeh kan. Pastu siap ada "break dance" lagi. 

Siapa la yg menari tu? Hairul Azreen. Yang mommy boleh kenal mamat ni dia berlakon cerita Setia Hujung Nyawa. Pastu cerita Misiku Kuza. 

Kemudian si Nabil dan Jihan bawa naik Hanis Zalikha. Mommy ni bukan jenis ambil tahu sangat bab artis ni. Yang mana muncul kat wall facebook tu, mommy tau la. 

Mereka bercinta ke? Tak pernah dengar pon sebelum ni. 

"Saya nak awak jadi isteri saya yang sah"

Waaaa mommy dah sengeh2 depan tv sampai Anis Insyirah tengok pelik je mommy dia ni.

Sebak bila mak ayah keknis restukan mereka. Teringat masa mommy nikah dulu, takde nak nangis-nangis. Tapi bila tengok member nikah, menitis air mata.

Masa adik nikah hari tu pon, air mata laju keluar. Tak dapat nak tahan. Lari pergi jauh-jauh tak nak orang kesan mommy nangis. Ibu ngandung ni sensetif sangat kot? Masa member nikah ritu pon tengah ngandung Anis Insyirah.

Semua tertunggu-tunggu jawapan kek nis. "Will you marry me?", soal hairul.

"YES". 

Pastu baru la mommy godek2 instagram Hanis Zalikha. Jumpa gambar ni.


Oh dah berkenalan 2004 lagi. Mereka ni bisness partner. 

Apa pon, so sweet lah Hairul Azreen ni. Semoga cepat-cepat kahwin. 

9 comments:

  1. diaorang memnag dah kenallama sejak dari myspace..tapi sebelum ni kata kawan je..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. 2004 lagi. So dh kenal hati budi masing2 la tu

      Delete
  2. hahahha. hari ni penuh dekat fb pasal diorang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..kita pon klu x tertengok gegar vaganza tak dapat la tgk hairul propose keknis ni

      Delete
  3. hari ni hot pasal dorang kt fb kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu malaysia tgk live semalam..hihi

      Delete