Geledah satu rumah cari kunci kereta



Daddy geledah satu rumah mencari kunci kereta. Setiap pelosok rumah dia cari. Kecuali plastik sampah. Sebab mommy dah bungkuskan plastik sampah.

Korang perasan tak, kita selalu tak akan jumpa atau nampak kalau kita mencari dalam keadaan kelam kabut. Mommy pon join sama la mencari kunci. Kesian daddy nak pergi kerja macam mana kunci tak ada. Kunci spare pon tak ada. Sambil membebel dalam hati.

Krik. Krik. Krik. Kalau membebel betul-betul, bertambah stress la daddyG kan. So sambil mencari, sambil potpetpotpet dalam hati. Mommy pasti takkan jumpa benda yang di cari kalau tengah stress.

Dah banyak kali tau kes tak jumpa kunci ni, so jangan salahkan sesiapa walau tahu siapa yang main kunci tu. Hehehehe


Selepas satu jam, mommy duduk tempat terakhir mommy tengok Anis Insyirah lepak pagi tadi. Budak kecik tu kan tidur lambat. Tenung sudut tu je. Hahaha ada pon. 

Mana lagi kunci tu nak pergi kan selain dalam rumah ni juga? Daddy, sila lah simpan kunci kereta tu baik-baik ya. 

11 comments:

  1. hari tu abah hilang jugak kunci kereta sampai siap telefon perodua nak buat yang baru. alik alik terselit celah sofa. hahahah :D

    ReplyDelete
  2. ha ha ha kena dok bertafakur jap le tu, baru jumpa! hi hi... kunci ilang memang biasa berlaku kat aida jugak.

    ReplyDelete
  3. ye betul tu..sila simpan kunci baik2..

    ReplyDelete
  4. kadang lelaki ni cuai sikit..zauj akak pernah cuai tertinggal kunci dalam kereta..puaslah geledah dlm rumah tapi tak jumpa sekali check ada dalam kereta..dah ler kereta terlock..apa lagi kena jadi mcgyver utk bukak cermin kereta hehehee

    ReplyDelete
  5. kena cuba cari kat mana kita pernah lalu atau duduk sebelumnya.. memang pernah rasa bab selongkar merata ceruk cari kunci keta..

    ReplyDelete
  6. selalu mmg gitu kan..kalau tgh nebes mencrk sesuatu barang tuh mmg xjumpa..bile dh lama2 dh cool down baru jumpa..pastu tmpt yg ternmpk barang yg mencarik bagai nk rak sebelum tu adalah tmpt yg dh crk 2 3 kali..T_T

    ReplyDelete
  7. kene rilex tenangkn diri baru jumpa..
    biasanya macam tu la..
    haha..

    nasib baik jumpa jugak kunci..

    ReplyDelete
  8. haha..memang kalau cari tengah stress takkan jumpa..sebba tak leh fikir ke mana bende tu sebelumnya

    ReplyDelete
  9. Cari brg time stress mmg x akan jumpa. Dok bertenang dulu padti akan jumpa.

    ReplyDelete
  10. tips baru.. kena cool dulu baru boleh jumpa..hihi... selamat tahun baru kak ira.. baru ade mase nak blogwalking..hihi

    ReplyDelete