Drama air mata setiap kali berpisah dengan daddy


Salam Jumaat yang barakah. Selamat pagi semua.

Pagi-pagi ni mommy nak cerita pasal anak dara mommy yang suka buat drama air mata tiap kali berpisah dengan daddy.

Setiap anak ragamnya lain. Kalau Adam Rayyan, dia boleh bye bye daddy bila daddy kata nak pergi work. Ish seingat mommy tak ada la dia nak buat drama air mata sebab berpisah dengan daddy ni. Tapi drama tak nak minum susu botol ada. Drama kelaparan pon ada. Kena tinggal 3-4jam dan tak nak minum susu botol.

Kalau bunyi kereta je dua-dua beradik ni dah berlari ke pintu. Anis Insyirah tak bagi daddy peluang nak buka kasut pon. Sibuk minta didukung.

Kemudian daddy pon dukung la anak dara tu. Bawa naik bilik atas sementara daddy tukar baju. Dukung sampai Anis Insyirah puas. Pastu dia g cari mommy pulak. 

Bila daddy nak pergi kerja, dia minta daddy dukung. Takmo lepas. Hahahaha memang lain sangat la anak dara ni. 


Sedihnya la hai tak boleh ikut daddy.


Esok dah weekend. Esok kita g jalan-jalan dengan daddy eh. 


Yang lagi best. Dak kecik ni tak makan pujuk. Lama wooo dia nangis. Pujuk bagi toblerone senyap kejap. Habis toblerone sambung nangis. Hikhikhik.

Kenapa la perangai comel sangat ni sayang?

7 comments:

  1. Ni sama perangai dgn 2 boys anak sue. Bila dah besar baru faham dan x nangis dah lps tu.

    ReplyDelete
  2. siannyaaaa anis...anak daddy ni:)

    ReplyDelete
  3. anak daddy sangat ni sampai takmo berpisah. hahaha :D

    ReplyDelete
  4. alahai sedihnya dia kena tinggal dgn daddy dia. hehe. mesti anis insyirah ni manja dengan daddy dia kan. :-)

    ReplyDelete
  5. Alolololo siannyerkat Anis hehehe ..Menangis dah dia ...Ni mesti rapat bebenooo ngna daddy ni sbb tu la jd gtu hehehe.......

    ReplyDelete
  6. Alololo sedihnya...
    Anis nampak bambam dalam gambar ni..... emmm anak perempuan memang manja terlebih dengan ayah... meh anis, geng dengan aunty sha :)

    ReplyDelete
  7. anis mase kecik2 macam nie jugak la perangai.. tak kasi ayah anis pegi keje..hahah.. suruh bawak g jalan2 naik moto.. lepas tu menangis macam kena pukul..hahah... sebijik la.. bole geng..hahah

    ReplyDelete