Penghargaan kerja kuat menaikkan blog


Ingat lagi tak kek Sado yang kak Niena Cybercake buatkan sempena birthday Ben Ashaari dan semua team member Kelab Blogger Ben Ashaari yang lahir pada bulan November?

Meh mommy tayang sekali lagi. Ehee kek hasil kerja tangan kak Nina ni sangat kreatif. Sangat lah sedap.


Masa nak balik tu semua orang pakat bawa balik kek, seorang sedikit. Semua dah kekenyangan makan, so kek tu boleh makan di rumah. 


"Logo KBBA tu bagi kat Irra. Tanda penghargaan kerja kuat menaikkan blog", kata Ben. Irra senyum jela. Dah ambil Red Velvet dah. 

Tengah sibuk bergambar kenangan, mereka hulurkan kek logo KKBA kat mommy. Dah dapat tu bawa la ke hulu ke hilir tanpa menutup polisterine tu. Sayang pula nak kemekkan logo KBBA. Hahaha.

Moh ambil gambar bersama dahulu.


Bergambar dengan kamera blogger Uzu. Pergh flawless giler muka mommy okey.


Blogger Aten yang comel. Bertuah Uzu dan Aten muda-muda berkecimpung dalam dunia blogging. 


Terima kasih Ben Ashaari. Bagi peluang dan ruang kat irra dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Banyak benda irra dapat belajar dan akan terus belajar menjadi yang terbaik. Terima kasih.

10 comments: