Moogoo Tail-Swat Body Spray


Tidur malam mommy dah tak risau nyamuk lagi sebab kami tidur dalam kelambu moden.  

Tapi bila pagi-pagi hari dan waktu senja, nyamuk banyak sangat menyerang. Mommy seorang yang anti nyamuk. Benci habis kat nyamuk ni.

Sebelum balik kampung hari tu ni mommy beli TAIL-SWAT BODY SPRAY. Produk Moogoo adalah produk organik yang mommy tak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya.

Semua mesti sedia maklum anak mommy, Anis Insyirah ada ekzema. So mommy takkan sesekali guna produk yang ada chemical. 

Ini dia produk Moogoo yang mampu menyelesaikan masalah mommy irra.


Kira bebas nyamuk la sepanjang seminggu berada di kampung. Asal lepas mandi je mommy spray. Bangun pagi je terus spray. 

Sila ambil perhatian bahawa body spray ini bukan penghalau serangga. Ia hanya sebuah semburan wangi yang menyebabkan serangga seperti nyamuk tidak tertarik kepada kita.

Body spray ini boleh disembur di mana sahaja termasuk muka. Ia juga amat sesuai untuk kanak-kanak kecil yang sedang tidur


Bahan-bahan:
Purified Water,  Lemon Grass Oil, Coco Capylate (Coconut Based Skin Conditioner) , Polysorbate 80   (Food Grade Emulsifier) , Celery Seed Essential Oil, Fragrant Oil (Phthalate Free), Hop Extract.

6 comments: